Nama : Asmah Binti Jayadi 

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2014

 

Latar belakang

Asmah merupakan wanita yang berasal daripada Kampung Melayu Tebakang. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk melayari internet dan mengikuti latihan yang dibuat di PEDi

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Asmah kurang mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah menjadi ahli PEDi, Asmah sering berkunjung ke PEDi dan mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, Asmah agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di Pusat Internet, Asmah memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Asmah adalah :


i) Microsoft Word
ii) Microsoft PowerPoint
iii) Microsoft Excel
iv) Email
v) Asas penyuntingan video

 

Asmah telah membuat video dan memuatnaik video tersebut ke dalam youtube channel nya sendiri. Beliau telah belajar di PEDi teknik mengambil video dan penyuntingan.

 

Nama : Hamidah Binti Mohammad Hafiz

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Hamidah merupakan lepasan sekolah dan berasal daripada Kampung Melayu Tebakang. Beliau mendaftar sebagai ahli PEDi kerana ingin mempelajari asas-asas ilmu komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penglibatan PI, Hamidah tidak berapa mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

 

Setelah menjadi ahli PEDi,  Hamidah sering berkunjung ke PEDi  dan mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, Hamidah agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di PEDi, Hamidah memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Hamidah adalah :


i) Microsoft Word
ii) Microsoft PowerPoint
iii) Microsoft Excel
iv) Email

Selain itu, Hamidah juga menggunakan kemudahan internet yang disediakan di PEDi untuk mencari pekerjaan.

Menjual minuman, kentang spring dan burger.

Nama : Nur Syahirah Binti Ismail 

Umur : 22 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang


Syahirah merupakan seorang usahawan yang berasal daripada Kampung Melayu Tebakang. Jualan minuman, kentang spring dan burger dibuat di rumah sahaja manakala dari segi promosi, dia menggunakan facebook, Dashboard Komuniti dan Whatsapp. PEDi telah membantu dia untuk menggunakan Dashboard Komuniti agar dia dapat mempelbagaikan kaedah promosi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, Syahirah mengalami kesukaran untuk membuat promosi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT, Syahirah lebih mudah untuk membuat promosi. Dengan menggunakan medium Facebook, Dashboard Komunti dan wahtsapp pendapatan Syahirah semakin meningkat. Setelah penggunaan Dashboard Komuniti, Syahirah dapat meluaskan skop pemasaran kerana sebelum ini, hanya menggunakan Facebook yang hanya tertumpu kepada rakan media sosial nya sahaja.

 

Menjual inner, produk kecantikan dan makanan secara atas talian

 

Nama : Noraswan Binti Aduka 

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang


Noraswan merupakan seorang pekerja di sector swasta. Berasal daripada Kg Melayu Tebakang dan sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Melayu Tebakang. Untuk menambah pendapatan, dia mengambil langkah untuk membuat perniagaan secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet


Sebelum penggunaan ICT, jualan Noraswan hanya tertumpu di kawasan Kampung Tebakang sahaja. Keuntungan juga tidak memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Setelah penggunaan ICT, jualan Noraswan semakin meningkat dan pelanggan juga semakin mengenali Noraswan sebagai penjual inner, produk kecantikan dan makanan. Selepas penggunaan ICT, pemasaran telah berubah iaitu ianya menjadi lebih mudah dan murah. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk membuat promosi. Selain itu, beliau juga menggunakan Dashboard Komunti untuk menjual barang jualannya. Selain itu, Noraswan juga menggunakan internet untuk mencari pengedar-pengedar barang yang berpotensi untuk dijual.

 

Nama :   Zana Zarina Binti Zaki
Umur :  12 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Zana merupakan pelajar sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Tebakang. Dia merupakan pengguna PEDi yang aktif mengikuti kelas dan program di PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penglibatan Pusat Internet, Zana langsung tidak tahu cara menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah menjadi ahli PEDi, Zana sering berkunjung ke PEDi dan mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, Zana agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di PEDi, Zana memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Zana adalah :


i) Microsoft Word
ii) Microsoft PowerPoint
iii) Microsoft Publisher
iv) English Central (E-pembelajaran)

 

Selain itu, Zana juga menggunakan kemudahan internet yang disediakan di PEDi untuk membuat rujukan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.