Nama : Christina Anak Naron @ Anjon Umur : 18 Tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Christina merupakan lepasan SPM dan telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada awal tahun 2020 .Dia kurang mahir tentang asas-asas penggunaan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Christina kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan Email.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah menjadi ahli PEDi, Chirsitna mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer. Petugas memberi tunjuk ajar berdasarkan modul. Christina telah menghabiskan ketiga-tiga modul iaitu Microsoft Word, Mircrosoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Sebelum diberikan sijil daripada PEDi, dia diberikan ujian oleh pihak PEDi dan dia lulus kesemua ujian yang diberikan.
Selain itu, dia juga diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan email dan cara-cara menyunting video.
Nama : Zairina Binti Julai Umur : 31 Tahun Ahli : 2017 |
Menjual kerepek, jejari ketam dan pelbagai jenis makanan kering
Latar belakang
Zairina merupakan seorang usahawan yang aktif. Zairna telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang sejak tahun 2017. Sejak mendaftar sebagai ahli, dia sering berkunjung ke PEDi untuk meminta bantuan petugas berkaitan ICT dan Keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Zairina hanya menggunakan platform Facebook dan Whatsapp sahaja sebagai medium digital untuk mempromosikan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah mendapat bantuan petugas PEDi, Zairina telah menggunakan platform YEZZA untuk mempromosikan produknya. Platform YEZZA telah memudahkan urusan Zairina dari segi borang tempahan, kupon, pelbagai kaedah pembayaran, laporan, statistik, site tracking, hebahan emel & SMS, postage tracking dan lain-lain.
Selain itu, jualan Zairian juga semakin bertambah kerana melalui YEZZA, pembeli dapat melihat dengan lebih mudah barang-barang jualannya.
Celik IT
Nama : Peter Anak Micheal Umur : 18 Tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Peter merupakan lepasan SPM dan telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada awal tahun 2020 . Dia kurang mahir tentang asas-asas penggunaan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Peter kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan Email.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah menjadi ahli PEDi, Peter mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer. Petugas memberi tunjuk ajar berdasarkan modul. Peter telah menghabiskan ketiga-tiga modul iaitu Microsoft Word, Mircrosoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Sebelum diberikan sijil daripada PEDi, Peter diberikan ujian oleh pihak PEDi dan dia lulus kesemua ujian yang diberikan.
Selain itu, Peter juga diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan email dan cara-cara menyunting video.
Nama : Nur Azlan Shah Bin Haini Umur : 35 Tahun Ahli : 2018 |
Menjual Burger @ 31st Burger Tebakang Melayu
Latar belakang
Encik Azlan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang yang aktif. Dia sering berurusan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Dia bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di SK Tebakang. Untuk menambah pendapatan, dia membuat keputusan untuk membuat perniagaan menjual burger.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Encik Azlan hanya membuat promosi secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Selepas penglibatan PEDi, Encik Azlan telah membuat laman facebook bagi memudahkannya membuat promosi. Selepas membuat laman facebook, berlaku peningkatan jualan dimana pembeli bukan sahaja terdiri daripada komuniti di Tebakang sahaja.
Nama : Sebastian Anak Suka Umur : 32 Tahun Ahli : 2018 |
Pertenakan Ayam
Latar belakang
Sebastian merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang yang aktif. Dia telah mendapat bantuan daripada SEDC untuk menternak ayam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Sebastian mengalami kesukaran untuk menyediakan dokumen sokongan untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Selepas penglibatan PEDi, Sebastian telah menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di PEDi. Dia sering berkunjung ke PEDi untuk menguruskan permohonan kepada pihak SEDC untuk bantuan penternakan ayam. Antara urusan yang dijalankan oleh Sebastian di PEDi ialah meminta tunjuk ajar petugas membuat surat rasmi, membuat kertas kerja, mencetak dokumen dan fotokopi dokumen.
Selain itu, Sebastian juga diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan email agar dia senang berurusan dengan pihak lain. Tambahan lagi, Sebastian juga melayari internet untuk mendapat ilmu penternakan ayam agar perniagaannya sentiasa berkembang maju.