1. Taman Rekreasi Ranchan
Terdapat beberapa kawasan pelancongan yang berhampiran dengan Kampung Melayu Tebakang. Antaranya ialah Taman Rekreasi Ranchan dimana ia terletak kira-kira 15 kilometer dari Kampung Melayu Tebakang.
De' Chalet Taman Rekreasi Ranchan merupakan rumah penginapan yang agak terasing dan yang pertama mampu menjanjikan keselesaan dan ketenangan bagi setiap pengunjung. Ianya dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Serian. De' Chalet terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Serian dan hanya kira-kira 1 kilometer perjalanan kaki dari lebuhraya Pan Borneo. Ia juga merupakan jalan keluar semulajadi dari segala kebisingan dan kesibukan kotaraya.
KADAR BAYARAN
No. | Nama Chalet | Kemudahan | Kadar/Semalam/Seunit |
1 |
Teres Suite (4 Unit) No.1 No.2 No.3 No.4 |
1 unit mempunyai 1 bilik Berhawa dingin sepenuhnya Bilik dilengkapi sebuah katil berkembar dan berhawa dingin |
Rm 120.00/Semalam |
2 |
Rumah Berasingan (4 unit) Sadong Kemena Saribas Rajang |
1 unit mempunyai 2 bilik 1 bilik dilengkapi sebuah katil berkembar dan berhawa dingin 1 bilik dilengkapi 2 katil bujang dan kipas angin |
Rm 100.00/Semalam |
3 |
Rumah Sebandung (4 unit) Kedup Kebuhu Ruben Ensebang |
1 unit mempunyai 2 bilik setiap bilik dilengkapi sebuah katil berkembar dan kipas angin |
Rm 80.00/Semalam |
4 |
Asrama (2 unit) Sarawak Kanan Sarawak Kiri |
1 unit mempunyai 1 bilik Bilik dilengkapi 10 buah katil bujang dan kipas angin |
Rm 150.00/Semalam Rm 15.00/katil
|
5 |
Dewan Kuliah (1 unit)
|
1 unit boleh menampung 60 orang peserta dalam satu masa (tanpa meja) 1 unit boleh menanpung 30 orang peserta dalam satu masa (dengan meja) |
Rm 120.00/Sehari Rm 60.00/Semalam |
6 | Dewan Baru |
Boleh menampung sehingga 300 orang dalam satu masa. 1. Pusat pemindahan Bencana Alam 2. Acara Rasmi 3. Makan Malam 4. Pameran Kebajikan 5. Konsert 6. Lain-lain |
Percuma Rm 100.00 Rm 150.00 Rm 100.00 Rm 300.00 Rm 100.00 |
Gambar 1 : Pintu masuk Taman Rekreasi Ranchan
Gambar 2 : Dewan Serbaguna Ranchan
Gambar 3 : Chalet Taman Reakreasi Ranchan
Gambar 4 : Air terjun
Sumber dari : https://seriandc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/89
2. Taman Tasik Danu
Taman Tasik Danu terletak kira-kira 10 kilometer daripada Kampung Melayu Tebakang. Taman ini amat popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah serta kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan yang disediakan ialah gelanggang tennis, stadium mini, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain.
Sejarah Tasik Danu :
Sebuah Kawasan paya yang sering dipenuhi air. Dimanfaatkan oleh penduduk berhampiran untuk penanaman padi. Sekitar pertengahan Tahun 1985, seorang Pegawai Teknikal dari Majlis Daerah Serian mencadangkan untuk memajukan kawasan tersebut menjadi sebuah Kawasan rekreasi. Cadangan diluluskan oleh Ahli Majlis. Pembinaan tasik dilakukan secara berperingkat.
1. Kerja-kerja pembersihan Kawasan dilakukan secara bergotong-royong tanpa penggunaan jentera.
2. Dua bund dibina untuk menahan / menakung air dan membahagikan kawasan tasik.
3. Penyediaan prasarana seperti laluan pejalan kaki, pondok rehat dan replika kapal.
Gambar 1 : Taman Tasik Danu
Sumber dari : https://seriandc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/118
3. Homestay Kampung Melayu Tebakang
Homestay di Kampung Melayu Tebakang menyediakan sebanyak 19 buah rumah bersamaan dengan 22 buah bilik. Homestay Kampung Melayu Tebakang memberikan pengalaman suasana kampung kepada pengunjung. Tarikan utama Kampung Melayu Tebakang ialah "Jabatan Gantung". Selain itu, pihak Homestay Kampung Melayu Tebakang juga menyediakan aktiviti seperti meyusuri Sungai Kayan, melihat demonstrasi masakan tempatan, melihat adat perkahwinan orang Melayu dan lain-lain lagi. Pihak Homestay Kampung Melayu Tebakang jugga menganjurkan program anak angkat kepada pelajar IPT.
4. Gua Silabur
Gua Silabur merupakan gua batu kapur bertempat di Kampung Lobang Batu, Serian. Perjalanan dari Bandar Serian ke Kampung Lobang Batu mengambil masa kira-kira 30 minit. Masa pendakian mengambil masa kira-kira 4 ke 5 jam daripada Pejabat Persatuan Sarang Burung Walit, Kg Lobang Batu, Serian. Sepanjang pendakian, peserta dapat melihat keindahan alam yang sangat cantik kerana kawasa tersebut sentiasa dijaga oleh penduduk tempatan.
Sejarah Gua Silabur :
Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian. Terletak di Kampung Lobang Batu, Tebedu, Gua Silabur merupakan gua batu kapur dan merupakan salah satu produk pelancongan kebanggaan warga Tebedu Serian. Ini kerana ia merupakan kawasan tumpuan pelancong yang sukakan ekopelancongan dan berasaskan alam semula jadi. eperti mana kawasan pelancongan yang lain, Gua Silabur juga mempunyai kisah dan sejarahnya yang tersendiri.
Lelaki tua hidup bersama-sama cucunya
Al-kisahnya pada zaman dahulu, seorang lelaki tua menyambut perayaan menuai atau kesyukuran bersama cucunya. Kawasan Silabur ini merupakan kawasan penempatan masyarakat Bidayuh, jadi mereka telah merayakan festival kesyukuran ini sejak dari dahulu lagi.
Lelaki tua tersebut tinggal bersama cucunya di kampung bersama-sama penduduk kampung. Ibu bapa cucunya dikatakan telah hilang dan dipercayai meninggal akibat dipenggal kepala atau pun dibaham oleh binatang buas.
Diberi makan pekasam ikan bercampur buah pokok getah
Pada malam perayaan, lelaki tua tersebut menjamah pekasam ikan iaitu ikan yang diperam bersama garam dan beras dan dibiarkan di kawasan gelap untuk beberapa bulan. Namun, juadahnya malam itu disabotaj dan dianiayai oleh penduduk kampung. Pekasam ikan tersebut dicampur dengan buah pokok getah.
Lelaki tua tersebut tidak menyedari perbuatan khianat tersebut lalu memakan pekasam yang dicampur buah pokok getah itu. Lantas, lelaki tua tersebut ditertawakan oleh penduduk kampung kerana termakan gurau senda mereka.
Penduduk dikejar anjing peliharaan berloceng lelaki tua
Marah dengan perbuatan mereka, lelaki tua tersebut memasang loceng pada kaki anjing peliharaannya. Anjing tersebut menyalak dan mula mengejar penduduk kampung yang berada di situ. Tidak lama kemudian, bunyi loceng anjing tersebut tidak lagi kedengaran. Lelaki tua dalam keadaan cemas memanggil-memanggil anjing kesayangannya namun tidak dijawab semula.
Turun hujan batu semasa lelaki tua menangis
Lelaki tua tersebut yang kecewa dengan perkara yang menimpanya pada hari tersebut menangis. Namun, tidak semena-mena, hari mulai mendung dan hujan.
Namun, ia bukanlah hujan biasa. Hujan yang turun adalah hujan batu yang akhirnya membentuk gunung dan gua yang dinamakan sebagai Gua Silabur.
Sumber dari : https://www.iloveborneo.my/hujan-batu-kerana-tangisan-lelaki-tua-ini-sejarah-gua-silabur-di-serian/
Gambar : Gua Silabur
5. Serian Rafting Challange
Pertandingan ini merupakan anjuran Majlis Daerah Serian yang diadakan sekali setiap tahun. Peserta pertandingan ini terdiri daripada penduduk tempatan dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Peserta akan berakit daripada Kampung Tema Mawang dan berakhir di Kampung Tebakang. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa Serian Rafting Challenge berlangsung seperti jualan daripada usahawan tempatan, pertandingan ratu cantik dan pertandingan karaoke. Bagi mendapatkan info mengenai tarikh Serian Rafting Challenge yang akan datang bolehla melayari laman web Majlis Daerah Serian http://www.seriandc.sarawak.gov.my.