Antara produk tempatan yang terdapat di Kampung Melayu Tebakang adalah :

Kuih Rempeyek

Diusahakan oleh Puan Rosni Binti Abdullah. Selain kuih rempeyek, beliau juga membuat kuih jala. menurut beliau permintaan tinggi apabila musim perayaan seperti Hari Raya dan Gawai Dayak.

 

Bunga Plastik 

Penggunaan bahan kitar semula daripada plastik boleh menghasilkan sesuatu yang cantik seperti bunga plastik ini.

Ia boleh digunakan sebagai perhiasan di rumah.

 

1. Perabot

Diusahakan oleh En. Sapian bin Arsat. Kedai perabot beliau diberi nama "Impian Furniture". Beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 15 tahun. Antara perabot yang dibuat oleh beliau adalah perabot-perabot dalam rumah seperti kabinet-kabinet dapur, almari pakaian, kabinet perhiasan dan banyak lagi.

Gambar 1 : Kabinet Dapur

Gambar 2 : Kabinet Dapur

Gambar 3 : Almari Pakaian

Gambar 4: Kabinet Perhiasan

 

2. KrafTangan

Masyarakat Kampung Tebakang terdiri daripada Melayu, Bidayuh, Cina dan lain-lain. Setiap masyarakat tersebut mempunyai kelainan dalam kraftangan. Antaranya adalah kraftangan masyarakat Bidayuh.

Gambar 1 : Kraftangan Tampi

Gambar 2 : Tambok

Gambar 3 : " Keriper " (beg)