Rebung Gulai Siput Sedut

Masyarakat Bidayuh terkenal dengan masakan Tradisional. Salah satunya adalah Rebung Gulai Siput Sedut. Bahan-bahan yang diperlukan seperti rebung dan siput sedut mudah didapati di sekitar perkampungan masyarakat Bidayuh. Pada masa dahulu sehingga kini masakan ini masih lagi dihidangkan sebagai sajian utama pada setiap masyarakat Bidayuh bahkan ia tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu dan lain-lain bangsa yang terdapat di Sarawak.


Bila disebut tentang makanan, setiap masyarakat mempunyai pelbagai versi makanan mengikut etnik. Kampung Tebakang juga mempunyai pelbagai versi makanan mengikut masyarakat yang terdapat di kampung tersebut. Contonya, masyarakat Melayu mempunyai Lemang, jadi masyarakat Bidayuh juga mempunyai " Pugang" iaitu sejenis  beras pulut yang dimasak dalam buluh. Ia seakan-akan lemang tetapi ianya tidak menggunakan daun pisang. Cara memasak nya adalah sama iaitu membakar. 

   

 

2. Bubur Pedas

Bubur pedas ini sangat terkenal apabila menjelangnya bulan Ramadhan dalam kalangan orang Sarawak. Pada kebiasaanya Ianya hanya di masak pada bulan Ramadhan. Antara salah satu bahan masakan yang istimewa adalah Kari yang dibuat sendiri. Kari tersebut hanya boleh didapati di Kampung Melayu Tebakang.