Lasa Barber Shop

Jakaria merupakan seorang tukang gunting rambut yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun. Beliau adalah pemegang kad OKU kerana terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan tangan kanan beliau hilang kekuatan. Walaupun OKU, tetapi hasil kerja dia amat memuaskan dan bayaran juga amat murah. Lokasi nya terletak di Kampung Melayu Tebakang.

   "Gaya Rambut 1"

 "Gaya Rambut 2"


Impian Furniture

Diusahakan oleh Encik Sapian bin Arsat. Kedai perabot beliau diberi nama "Impian Furniture". Beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 15 tahun. Antara perabot yang dibuat oleh beliau adalah perabot-perabot dalam rumah seperti kabinet-kabinet dapur, almari pakaian, kabinet perhiasan dan banyak lagi.

Link Facebook : https://www.facebook.com/Impian-Furniture-1535289943417183/?ref=bookmarks

 "Kabinet Dapur"

 "Almari Pakaian"


Ejen DropshipTudung dan pin tudung.

Nurul merupakan seorang pelajar sekolah yang berminat untuk menjadi usahawan. Bermula pada tahun 2014 lepas, dia memupuk minat menjadi usahawan dengan menjual tudung dan pin tudung kepada kawan-kawan sekelas nya. Dia menggunakan Instagram dan whatsapp sebagai medium promosi.

 "Pin Tudung"

  "Tudung Bawal"


Homestay Kampung Melayu Tebakang

Homestay di Kampung Melayu Tebakang menyediakan sebanyak 19 buah rumah bersamaan dengan 22 buah bilik. Homestay Kampung Melayu Tebakang memberikan pengalaman suasana kampung kepada pengunjung. Tarikan utama Kampung Melayu Tebakang ialah "Jambatan Gantung". Selain itu, pihak Homestay Kampung Melayu Tebakang juga menyediakan aktiviti seperti meyusuri Sungai Kayan,berkayak, melihat demonstrasi masakan tempatan, melihat adat perkahwinan orang Melayu dan lain-lain lagi. Pihak Homestay Kampung Melayu Tebakang juga menganjurkan program anak angkat kepada pelajar IPT.

Link Facebook : https://www.facebook.com/Homestay-Kampung-Tebakang-Melayu-1506286092997555/

   "Aktiviti Berkayak"

 


Donz homemade burger, penyidai kain & kandang Kucing

Puan Qhalisha dan suami berniaga secara kecil-kecilan. Perniagaan utama beliau adalah menjual burger 'homemade' dan roti john.Selain itu juga, mereka menyediakan perkhidmatan membuat kandang kucing dan penyidai kain. 

Link Facebook : https://www.facebook.com/qaridania

 "Burger Homemade"

 "Penyidai Kain"

 "Kandang Kucing" 

 


 

Parang Tradisional

Puan Nur Ily Syakila merupakan seorang surirumah. Beliau membantu suami beliau dalam perniagaan pembuatan parang secara kecil-kecilan. Suami beliau membuat parang tradisional dengan ukiran-ukiran yang menarik dan dijual kepada penduduk setempat. 

Link facebook : https://www.facebook.com/Parang-Tradisional-1078882748824907/?ref=settings

 "Parang yang telah disiapkan"


 Mee Kuning

Mee Kuning diusahakan oleh Puan Hamisiah binti Haji Han. Beliau dibantu oleh suami beliau Encik Adenan bin Bani dan anaknya Encik Mohd Aryady bin Adenan. Mereka menjual mee ttersebut di kedai-kedai makan, kantin sekolah dan juga kepada penduduk kampung. Mereka menjual pada harga Rm 2.50 sekilo. Kuantiti mee yang diproses mereka bergantung kepada permintaan pelanggan. Jualan mee mereka boleh mencecah kepada 40 kilogram sehari.


Tuty's Bakery Homemade

Tuty's Bakery Homemade diusahakan oleh Puan Kasma Botty binti Anis, anak jati Kampung Melayu Tebakang. Beliau mengusahakan penjualan kek lapis, roti, kerepek dan bermacam-macam lagi. Selain itu, beliau juga merupakan seorang agen jualan langsung.

Facebook pages : www.facebook.com/pages/Tutys-Bakery-Homemade/868292973192355?fref=ts

Sub-kategori