Usahawan - Serunding Halia
Nama : | Rohayu Bin Johan |
Umur : | 44 Tahun |
Ahli : | Tahun 2016 |
Latar belakang
Puan Rohayu merupakan seorang surirumah.Berasal daripada Kampung Melayu Tebakang. Beliau juga merupakan seorang usahahawan yang menjual serunding halia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penggunaan ICT, jualan Puan Rohayu hanya tertumpu di kawasan Kampung Tebakang sahaja. Keuntungan juga tidak memberangsangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah penggunaan ICT, jualan Puan Rohayu semakin meningkat dan pelanggan juga semakin mengenali serunding halia buatan Puan Rohayu. Kaedah pemasaran telah berubah iaitu ianya menjadi lebih mudah dan murah setelah penglibatan Puan Rohayu dalam penggunaan ICT dalam perniagaan dia. Beliau menggunakan media sosial seperti "Facebook" dan "Whatsapp" sebagai medium untuk membuat promosi. Selain itu, beliau juga menggunakan dashboard Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk menjual serunding halia.
Selain itu, Puan Rohayu juga menggunakan internet untuk mencari ilham membuat sticker untuk produk beliau.
Nama : | Fatin Nazihah |
Umur : | 8 Tahun |
Ahli : | 2016 |
Latar Belakang
Fatin merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Tebakang, yang aktif mengikuti latihan dan kelas yang dibuat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum datang ke PEDi, Fatin langsung tidak mengetahui cara-cara menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah menjadi ahli PEDi, Fatin mengikuti latihan Asas Komputer dan Latihan Microsoft Office 2010. Setelah kira-kira 3 bulan mengikuti latihan, Fatin telah banyak menunjukkan prestasi yang baik jika dibandingkan semasa dia mula-mula mengikuti kelas. Fatin juga pandai menggunakan internet untuk mencari maklumat untuk membuat kerja rumah beliau.
Nama : | Mohd Azrin Syawari Bin Mat Amin |
Umur : | 16 Tahun |
Ahli : | 10/8/2015 |
Nama : | Mohd Khair Bin Rasyidi |
Umur : | 12 Tahun |
Ahli : | 4/8/2015 |
Nama : | Felicula Ak Suka |
Umur : | 15 Tahun |
Ahli : | 1/1/2015 |
Usahawan - Kedai gunting rambut
Nama : | Jakariah Bin Hadzarah |
Umur : | 46 Tahun |
Ahli : | 2016 |
Usahawan - pin tudung ‘handmade” dan SPA “mobile”
Nama : | Masniah Binti Misnan |
Umur : | 48 Tahun |
Ahli : | 9/1/2015 |
Usahawan - Makanan, penyidai kain & kandang Kucing
Nama : | Qhalisha Aridania |
Umur : | 31 Tahun |
Ahli : | 2015 |
Latar belakang
Puan Qhalisha dan suami berniaga secara kecil-kecilan. Menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sejak tahun 2015. Perniagaan utama beliau adalah menjual burger 'homemade' dan roti john. Perniagaan mereka ini dilakukan sebagai pendapatan tambahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Puan Qhalisha hanya menjual burger dan roti john untuk penduduk di sekitar Tebakang sahaja. Ini kerana, banyak komuniti sekitar belum mengetahui akan kewujudan pernigaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi), mereka telah mendapat idea untuk mengiklankan perniagaan mereka melalui laman social Facebook. Mereka telah memuat naik burger, roti john, kandang kucing & penyidai kain hasil daripada Puan Qhalisha & suami. Ianya telah memberikan impak yang positif di mana lebih ramai yang membeli burger dan roti john mereka. Pelanggan bukan sahaja daripada komuniti Kampung Tebakang bahkan hingga ke Serian, Pichin, Krusen dan kampung sekitar. Selain itu, suami beliau juga banyak menerima tempahan kandang kucing, penyidai kain dan jeriji tingkap daripada pelanggan diluar kawasan Tebakang. Pendapatan mereka juga semakin meningkat setelah menggunakan platform dalam talian.
Usahawan - Homestay
Nama : | Roslie Bin Ariffin |
Umur : | 38 Tahun |
Ahli : | 2015 |
Usahawan - Menjual roti apam mini.
Nama : | Arziana Binti Adenan |
Umur : | 23 Tahun |
Ahli : | 8/1/2015 |
Usahawan - Menjual biskut, kek lapis, roti, makanan sejuk beku dan lain-lain secara “online” dan “offline”.
Nama : | Kasma Botty Binti Anis |
Umur : | 39 Tahun |
Ahli : | 27/5/2015 |
Latar belakang
Puan Kasma merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Antara jualan beliau ialah roti, kek lapis, biskut & wantan. Selain itu, beliau juga membuat kelas untuk komuniti yang ingin mempelajari cara-cara membuat roti dan kuih dengan kadar yuran penyertaan yang rendah. Pada mulanya, perniagaan beliau hanya daripada rumah dan kini beliau telah mempunyai kedai sendiri iaitu Tuty’s Bakery. Walaupun sudah mempunyai kedai, namun beliau tetap menggunakan platform ‘facebook’ untuk mempromosikan produk yang telah dihasilkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Puan Kasma sudah mula menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan promosi jualan. Namun, setelah bantuan PEDi, beliau telah membuat ‘page fb’ bagi memudahkan promosi penjualan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Melayu Tebakang, Puan Kasma kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan penjualan produk beliau. Dengan menggunakan facebook page, pelanggan beliau juga senang untuk memilih produk yang hendak dibeli dan secara tidak langsung kaedah promosi beliau menjadi mudah serta menjimatkan kos. Setakat 15 Disember 2016, page tersebut telah mendapat 1045 ‘likes’. Beliau juga menggunakan ICT untuk mempromosikan kelas-kelas bakery yang telah dibuat oleh beliau. Selain itu, beliau juga membeli bahan-bahan kuih melalui online sekiranya bahan tersebut sukar untuk didapati. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dengan adanya internet kerana pelanggan beliau bukan sahaja terdiri daripada komuniti Kampung Tebakang.
Usahawan - Menjual beg tangan perempuan secara 'online'
Nama : | Afini Assim |
Umur : | 26 Tahun |
Ahli : | 17/1/2015 |
Latar Belakang
Cik Afini Assim menjual beg tangan perempuan secara kecil-kecilan daripada rumah. Penjualan tertumpu kepada kawasan di sekitar Serian dan Kuching. Cik Afini juga menyediakan khidmat penghantaran melalui pos sekiranya pelanggan berada di luar kawasan Serian.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Cik Afini sudah mula menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan promosi jualan. Namun, setelah bantuan PEDi, beliau telah membuat 'facebook pages' bagi memudahkan promosi penjualan beg tangan.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi)Kg. Melayu Tebakang, Cik Afini kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan penjualan beg tangan beliau. Kini dengan menggunakan facebook pages, pelanggan beliau tidak hanya terdiri daripada kawan-kawan ditempat kerja dan jiran-jiran kerana dengan internet, semua orang dapat melihat barang jualan Cik Afini. Pendapatan Cik Afini juga semakin meningkat setelah menggunakan internet untuk mempromosikan produk beliau.
Usahawan - Menjual Perabot
Nama : | Sapian Bin Arsat |
Umur : | 49 Tahun |
Ahli : | 15/1/2015 |
Latar Belakang
Encik Sapian merupakan seorang usahawan perabot. Produk beliau lebih dikenali sebagai Impian Furniture. Pengalaman beliau dalam bidang ini sudah selama berbelas tahun. Lokasi Impian Furniture terletak di Kampung Melayu Tebakang.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum menggunakan ICT sebagai platform perniagaan, produk daripada Impian Furniture tidak dikenali ramai. Kaedah promosi hanya melalui 'offline'. Selain itu, pendapatan Impian Furniture juga tidak memberangsangkan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Petugas PEDi telah membantu Encik Sapian selaku pemilik Impian Furniture untuk mempromosikan perabot yang telah dihasilkan. Petugas PEDi menggunakan 'facebook page' sebagai medium untuk Encik Sapian membuat promosi. Setiap perabot yang siap dipasang di rumah pelanggan, beliau akam memuat naik gambar untuk mempromosikan kepada orang ramai. Menurut beliau, ramai yang komen dan menghantar mesej peribadi kepada beliau untuk bertanya tentang perabot yang dihasilkan oleh beliau.