Nama : Nurul Hidayatul Ain Binti Ngalizan 

Umur : 18

Ahli : 2015

 

Dropship dan menjual tudung

Latar belakang


Nurul merupakan lepasan SPM daripada Sekolah Menengah Tebakang. Telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sejak tahun 2015. Dia sering melayari laman sosial iaitu Instagram apabila ada masa lapang. Dia telah mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan secara atas talian apabila merasakan platform berniaga melalui Instagram dapat dijalankan tanpa menganggu pembelajarannya semasa dia masih bersekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penggunaan ICT, Nurul tidak menjalankan apa-apa perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Setelah penggunaan ICT dan bantuan petugas PEDi, Nurul semakin aktif untuk menjual barang jualan di Instagram dan Whatsapp. Dia menjual barang-barang seperti tudung wanita, aksesori telefon pintar, dan barang-barang keperluan wanita. Pendapatan yang diterima olehnya juga dapat amat memberansangkan jika dibandingkan semasa dia berniaga secara offline.

 

Nama : Alyn Anak Fieldie 

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar belakang

Alyn merupakan lepasan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang. Bagi mengisi masa lapang, dia mengambil keputusan untuk belajar asas ict di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang. Selain itu, Alyn juga belajar ICT di PEDi sebagai persediaan untuk alam pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penglibatan PEDi, Alyn kurang mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah menjadi ahli PEDi, Alyn mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, Alyn agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di PEDi, Alyn memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Alyn adalah :


i) Microsoft Word, Excel dan PowerPoint
ii) Asas komputer
iii) Asas Internet

 

 

 

Nama : Rabinah Binti Mahli 

Umur : 49 tahun

Ahli : 2015

 

Kedai makan & Katering

Latar belakang

Puan Rabinah merupakan seorang suri rumah. Untuk menambah pendapatan keluarga, dia mengambil keputusan untuk membuka kedai makan yang diberi nama Inah Enterprise.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) 

Sebelum penggunaan ICT, Puan Rabinah mengalami kesukaran untuk mempromosikan kedai beliau.

                    

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) 

Setelah penggunaan ICT, Puan Rabinah telah membuat promosi melalui media sosial iaitu facebook dan whatsapp. Promosi yang dilakukan melalui media sosial memberikan kesan yang positif kepada perniagaan Puan Rabinah. Antara kesan positif tersebut ialah peningkatan keuntungan, peningkatan jumlah pelanggan, dan memudahkan pelanggan untuk memesan makanan secara atas talian iaitu menggunakan aplikasi whatsapp. Selain itu, setelah penggunaan media sosial, semakin ramai orang yang mengenali kedai makan dan servis catering Puan Rabinah.

Selain itu, Puan Rabinah juga menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mencari segala info dan tip perniagaan agar perniagaannya dapat bertahan dan berdaya saing.

 

 

 

Nama : Muhammad Hazrul Bin Muhd Hafiz 

Umur : 18 tahun

Ahli : 2015

 

 

Latar belakang

 

Hazrul merupakan lepasan SPM daripada SMK Tebakang. Bagi mengisi masa sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut

Pengajian Tinggi (IPT), dia mengambil keputusan untuk belajar asas ict di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang.

 

                                                                       

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

 

Sebelum penglibatan PEDi, Hazrul kurang mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

 

Setelah menjadi ahli PEDi, Hazrul mengikuti kelas ICT. Pada mulanya,Hazrul  agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di PEDi, Hazrul memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Hazrul adalah :

 

  1. Microsoft Word
  2. Asas komputer
  3. Asas internet

 

 

Nama : Mohd Fikri Bin Aduka 

Umur : 20 Tahun 

Ahli : 2015

 

Perkhidmatan Penghantaran Makanan

 

Latar belakang


Fikri merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Melayu Tebakang yang aktif. Selepas tamat sekolah, dia mengambil keputusan untuk terus bekerja sambil mencari pengalaman. Dia pernah bekerja hingga ke Semenanjung Malaysia demi untuk mencari rezeki yang halal. Setelah beberapa tahun bekerja di Semenanjung Malaysia, dia mengambil keputusan pulang ke kampung halaman untuk mencari rezeki di tempat sendiri.

Fikri menjalankan perkhidmatan penghantaran di sekitar kawasan Serian. Selain itu, dia juga menjual beberapa jenis makanan dan minuman bagi menambah pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penggunaan ICT, Fikri mengalami kesukaran untuk mencari idea perniagaan yang hendak dijalankan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, Fikri telah membuat halaman facebook dengan bantuan petugas PEDi. Hal ini telah memudahkan Fikri untuk mempromosikan perkhidmatannya kepada orang lain. Halaman facebook menjadi pilihan Fikri kerana ianya percuma, mudah digunakan dan pengikut halaman facebook adalah tidak terhad.

Selain itu, internet juga dijadikan sumber rujukan untuk Fikri belajar tentang ilmu perkhidmatan penghantaran.