Lokasi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tebakang Melayu terletak kira-kira 13 Kilometer dari Bandar Serian. Kampung berdekatan ialah Kampung Riih, Kampung Krusen dan Kampung Pichin. Berikut adalah alamat Pusat ESebaran Maklumat Nasional Kampung Tebakang Melayu:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Melayu Tebakang,
Kampung Melayu Tebakang,
94750 Tebakang
Sarawak.
Populasi Penduduk
Kampung Tebakang merupakan salah satu kawasan yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Residen Bahagian Serian berdasarkan undang-undang yang termaktub di dalam Ordinan Kuasa Tempatan dan undang-undang lain berkaitan serta Undang-Undang Kecil Majlis Tempatan (Council By-Laws) yang digubal dan termaktub dalam Ordinan yang sama.
Jumlah keseluruhan penduduk Kampung Melayu Tebakang ialah seramai 1132 orang. Purata isi rumah untuk Kampung Melayu Tebakang ialah sebanyak 5 orang. Berikut merupakan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur:
< 12 Tahun | 12-17 Tahun | 18-25 Tahun | 26-40 Tahun | 41-58 Tahun | >58 Tahun |
208 orang | 162 orang | 192 orang | 228 orang | 248 orang | 96 orang |
Penduduk Kampung Melayu Tebakang terdiri daripada masyarakat Melayu, Bidayuh, Cina dan beberapa etnik lain. Sebanyak 90% penduduk Kampung Melayu Tebakang ialah berbangsa Melayu, diikuti oleh Bidayuh 5%, Cina 2%, Iban 2% dan India 1%.
Sumber ekonomi penduduk Kampung Melayu Tebakang ialah berkhidmat dalam sektor kerajaan, sektor swasta, badan berkanun, sektor pertanian dan juga menjadi buruh.
Sumber daripada : Residen Bahagian Serian dan JKKK Melayu Tebakang
Pelan Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang
Sumber Gambar : JKKK Melayu Tebakang
2.1 Ahli Parlimen
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Portal Rasmi Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen bagi Bahagian Serian (P199) ialah Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem merupakan ahli politik Malaysia dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sumber daripada: www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3099
Sumber gambar daripada : www.google.com
2.2 Adun Kawasan
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web Rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kampung Melayu Tebakang adalah dibawah Dun N23 Bukit Semuja, yang di sandang oleh Yang Berhormat Encik John Ilus.
Sumber daripada : www.dun.sarawak.gov.my/upload/file-folder
Sumber gambar daripada : www.google.com (the borneopost.com / utusanborneo.com.my)