Nama :Dyg. Sallahah Binti Abg. Masuudi 

Umur : 54 Tahun 

Ahli : 2015

 

Menjual makanan basah (makanan laut)

 

Latar belakang


Dyg. Sallahah merupakan seorang surirumah. Puan Dyg. telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang sejak tahun 2015.Puan Dyg. sering berkunjung ke PEDi untuk meminta bantuan petugas berkaitan ICT dan Keusahawanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penggunaan ICT, Puan Dyg. menjalankan perniagaan secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Setelah penggunaan ICT dan bantuan petugas PEDi, Puan Dyg melakukan promosi barang jualannya melalui Facebook dan Whatsapp. Kadar jualannya amatlah tinggi jika dibandingkan semasa dia melakukan perniagaan secara offline.

Selain itu, pelanggannya juga bukan sahaja terdiri daripada komuniti setempat tetapi mendapat sambutan daripada orang luar. Dia juga menerima tempahan ikan semasa bulan Ramadhan daripada pengusaha makanan untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.

Selain itu, beliau juga menggunakan internet untuk mencari idea perniagaan. Tambahan lagi, Puan Dyg juga menggunakan internet bagi mempelbagaikan lagi barang jualannya pada masa hadapan.

CELIK IT

Nama : Sapani Bin Ali 

Umur : 60 Tahun 

Ahli : 2019

 

Latar belakang

Sapani merupakan warga emas dan telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada tahun 2019. Beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang komputer.

Pada bulan November 2019, beliau hendak mengambil lesen kereta. Namun demikian, beliau menghadapi sedikit masalah kerana beliau langsung tidak pandai menggunakan komputer. Agak mustahil baginya untuk lulus ujian komputer lesen memandu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penglibatan Pusat Internet, beliau langsung tidak tahu fungsi komponen utama komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sapani mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer. Petugas memberi latihan untuk beliau menjawab soalan-soalan ujian komputer lesen memandu. Beliau diajar fungsi papan kekunci dan cara-cara untuk mengendalikan tetikus dengan cara yang betul.

Setelah mengikuti kelas di PEDi, beliau lulus ujian komputer lesen memandu tersebut.

 

 

Nama : Norahadin Binti Jemat 

Umur : 41 Tahun

Ahli : 2015

 

Menjual Tudung dan Produk Mary Kay

 

Latar belakang


Norahadian merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang yang aktif. Untuk menambah pendapatan, dia mengambil keputusan untuk membuat perniagaan secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penggunaan ICT, Norahadian mengalami kesukaran untuk membuat jualan kerana pelanggan hanya terdiri daripada orang di sekelilingnya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Norahadian menjual tudung dan menjual produk Mary Kay. Facebook dan Whatsapp merupakan medium utama untuk Norahadian mempromosikan barang jualannya. Dengan menggunakan Facebook dan Whatsapp, jualan Norahadian semakin meningkat.

Selain itu, internet juga dijadikan sumber rujukan untuk dia belajar tentang ilmu dan tips perniagaan.

 

Nama : Mohd Zakiyudin 

Umur : 20 Tahun

Ahli : 2015 

Menjual Burger Homemade

 

Latar belakang


Mohd Zakiyudin merupakan lepasan STPM daripada SMK Taee. Telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sejak tahun 2015. Dia sering melayari laman sosial iaitu Facebook dan Instagram apabila ada masa lapang. Dia telah mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan dan mempromosikan produk jualannya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penggunaan ICT, Zakiyudin menjalankan perniagaan secara offline.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Setelah penggunaan ICT dan bantuan petugas PEDi, Zakiyudin menjalankan perniagaan homemade burger di mana beliau menjualnya pada waktu petang selepas habis kerja hakikinya. Beliau akan mengambil pesanan dengan mengkongsikan produknya di Facebook dan Whatsapp. Jualan beliau mendapat sambutan yang baik kerana ramai dalam kalangan rakan Facebook nya turut mengkongsikan produk jualannya.

Selain itu, beliau juga menggunakan internet untuk mencari idea perniagaan. Tambahan lagi, untuk memastikan produknya sentiasa ada proses inovasi, dia menggunakan internet untuk mencari resepi-resipi pembuatan burger agar burger yang dijualnya lain daripada pasaran yang ada di kawasan Tebakang.

Nama : Nur Husni Binti Matnor 

Umur : 19 Tahun 

Ahli : 2014

 

Menjual Kuaci Pedas

 

Latar belakang

Nurhusni merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang yang aktif. Husni sering berkunjung ke PEDi untuk berurusan dan belajar ICT.

Selepas tamat sekolah, dia beniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, Husna mengalami kesukaran untuk membuat jualan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Husna menjual pelbagai barangan seperti makanan dan barang keperluan wanita. Facebook dan Whatsapp merupakan medium untuk Husna mempromosikan barang jualannya. Dengan menggunakan Facebook dan Whatsapp, jualan Husna semakin meningkat.

Selain itu, internet juga dijadikan sumber rujukan untuk Husna belajar tentang ilmu dan tips perniagaan.