Nama : | Zana Zarina Binti Zaki |
Umur : | 12 Tahun |
Ahli : | 2017 |
Latar belakang
Zana merupakan pelajar sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Tebakang. Dia merupakan pengguna PEDi yang aktif mengikuti kelas dan program di PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Zana langsung tidak tahu cara menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah menjadi ahli PEDi, Zana sering berkunjung ke PEDi dan mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, Zana agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di PEDi, Zana memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Zana adalah :
i) Microsoft Word
ii) Microsoft PowerPoint
iii) Microsoft Publisher
iv) English Central (E-pembelajaran)
Selain itu, Zana juga menggunakan kemudahan internet yang disediakan di PEDi untuk membuat rujukan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.