Menjual minuman, kentang spring dan burger.
Nama : Nur Syahirah Binti Ismail Umur : 22 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Syahirah merupakan seorang usahawan yang berasal daripada Kampung Melayu Tebakang. Jualan minuman, kentang spring dan burger dibuat di rumah sahaja manakala dari segi promosi, dia menggunakan facebook, Dashboard Komuniti dan Whatsapp. PEDi telah membantu dia untuk menggunakan Dashboard Komuniti agar dia dapat mempelbagaikan kaedah promosi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penggunaan ICT, Syahirah mengalami kesukaran untuk membuat promosi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah penggunaan ICT, Syahirah lebih mudah untuk membuat promosi. Dengan menggunakan medium Facebook, Dashboard Komunti dan wahtsapp pendapatan Syahirah semakin meningkat. Setelah penggunaan Dashboard Komuniti, Syahirah dapat meluaskan skop pemasaran kerana sebelum ini, hanya menggunakan Facebook yang hanya tertumpu kepada rakan media sosial nya sahaja.