Nama : Nur Fazila Tormidi 

Umur : 21 Tahun

Ahli : 2017

 

Menjual minuman – Teh Ais Pyor

 

Latar belakang

Fazila merupakan seorang suri rumah. Untuk menambah pendapatan keluarga, dia mengambil keputusan untuk menjual air teh ais pyor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, Fazila mengalami kesukaran untuk mencari peluang perniagaan yang ada.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT, Fazila dapat menceburi bidang perniagaan dengan modal yang rendah. Selain itu, jualan Fazila semakin meningka kerana dia sering membuat promosi melalui facebook dan whatsapp.

Selain itu, Fazila juga menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mencari segala info dan tip perniagaan agar perniagaannya dapat bertahan dan berdaya saing.

 

Nama : Mohd Azrin Syawari Bin Mat Amin 

Umur : 18 Tahun 

Ahli : 2015

 

Jualan Makanan dan Minuman

 

Latar belakang

Azrin merupakan seorang lepasan SPM daripada SMK Tebakang. Dia sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Melayu Tebakang untuk melayari internet dan mengikuti kelas. Bagi mencari pendapatan sebelum mendapat pekerjaan, dia mengambil keputusan untuk menjual makanan dan minuman di hadapan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, Azrin mengalami kesukaran untuk membuat jualan kerana orang ramai masih belum mengetahui barang-barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT, jualan Azrin semakin meningkat. Selepas penggunaan ICT, pemasaran telah berubah iaitu ianya menjadi lebih mudah dan murah. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk membuat promosi. Pendapatan Azrin juga semakin meningkat kerana lebih ramai orang membeli barang jualannya.

Selain itu, Azrin juga menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mencari segala info dan tip perniagaan agar dia dapat memajukan perniagaannya.

 Nama : Nurul Mahani Binti Mat Amin 

Umur : 18 Tahun 

Ahli : 2018

 

Menjual makanan

 

Latar belakang


Mahani merupakan seorang lepasan sekolah. Berasal daripada Kg Melayu Tebakang dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang. Untuk menambah pendapatan, dia mengambil langkah untuk membuat promosi perniagaannya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, jualan Mahani hanya tertumpu di kawasan Kampung Tebakang sahaja. Keuntungan juga tidak memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT, jualan Mahani semakin meningkat dan pelanggan juga semakin mengenali Mahani sebagai penjual kuih muih, wantan dan minuman. Selepas penggunaan ICT, pemasaran telah berubah iaitu ianya menjadi lebih mudah dan murah. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk membuat promosi.

Selain itu, Mahani juga menggunakan internet untuk mencari resepi-resepi makanan yang baru.

 

Nama : Rafiqa Mastura Binti Rafa'e 

Umur : 18 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Rafiqa merupakan lepasan SPM daripada SMK Tebakang. Bagi mengisi masa sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), dia mengambil keputusan untuk belajar asas ict di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Sebelum penglibatan PEDi , Rafiqa kurang mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah menjadi ahli Pusat Internet, Rafiqa mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, Rafiqa agak kekok untuk menggunakan komputer. Namun, setelah mengikuti kelas di PEDi, Rafiqa memberikan maklum balas yang baik. Antara kelas yang diikuti Rafiqa adalah :


i) Microsoft Word
ii) Microsoft PowerPoint
iii) Microsoft Excel
iv) Akaun gmail
v) Asas Internet

Selain itu, pihak PEDi juga membantu Rafiqa untuk mengisi UPU dan kini dia telah melanjutkan pengajian ke Politeknik.

 

Nama :Monica Eunice Ak Buji

Umur : 26 Tahun

Ahli :  2018

 

Menjual produk kecantikan wanita dan jualan langsung

 

Latar belakang


Eunice merupakan seorang usahawan yang berasal daripada Kampung Tebakang Bidayuh. Eunice menggunakan internet iaitu melalui facebook, whatsapp dan dashboard komuniti sebagai medium utama untuk mempromosikan produk jualannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, Eunice mengalami kesukaran untuk membuat promosi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT, Eunice lebih mudah untuk membuat promosi. Dengan menggunakan medium Facebook, Dashboard Komunti dan wahtsapp, pendapatan Eunice semakin meningkat. Selain itu, setelah penggunaan Dashboard Komuniti, Eunice dapat meluaskan skop pemasaran kerana sebelum ini, hanya menggunakan Facebook yang hanya tertumpu kepada rakan media sosial nya sahaja.

Tambahan lagi, Eunice telah mendapat tempat ketiga untuk pertandingan memuat naik gambar produk terbanyak di dalam MyShop anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang semasa Hari Bersama Komuniti 2018.