Menjual inner, produk kecantikan dan makanan secara atas talian
Nama : Noraswan Binti Aduka Umur : 29 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Noraswan merupakan seorang pekerja di sector swasta. Berasal daripada Kg Melayu Tebakang dan sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Melayu Tebakang. Untuk menambah pendapatan, dia mengambil langkah untuk membuat perniagaan secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, jualan Noraswan hanya tertumpu di kawasan Kampung Tebakang sahaja. Keuntungan juga tidak memberangsangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah penggunaan ICT, jualan Noraswan semakin meningkat dan pelanggan juga semakin mengenali Noraswan sebagai penjual inner, produk kecantikan dan makanan. Selepas penggunaan ICT, pemasaran telah berubah iaitu ianya menjadi lebih mudah dan murah. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk membuat promosi. Selain itu, beliau juga menggunakan Dashboard Komunti untuk menjual barang jualannya. Selain itu, Noraswan juga menggunakan internet untuk mencari pengedar-pengedar barang yang berpotensi untuk dijual.