Nama : Mohd Azrin Syawari Bin Mat Amin 

Umur : 18 Tahun 

Ahli : 2015

 

Jualan Makanan dan Minuman

 

Latar belakang

Azrin merupakan seorang lepasan SPM daripada SMK Tebakang. Dia sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Melayu Tebakang untuk melayari internet dan mengikuti kelas. Bagi mencari pendapatan sebelum mendapat pekerjaan, dia mengambil keputusan untuk menjual makanan dan minuman di hadapan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, Azrin mengalami kesukaran untuk membuat jualan kerana orang ramai masih belum mengetahui barang-barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah penggunaan ICT, jualan Azrin semakin meningkat. Selepas penggunaan ICT, pemasaran telah berubah iaitu ianya menjadi lebih mudah dan murah. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk membuat promosi. Pendapatan Azrin juga semakin meningkat kerana lebih ramai orang membeli barang jualannya.

Selain itu, Azrin juga menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mencari segala info dan tip perniagaan agar dia dapat memajukan perniagaannya.