Nama : Mohd Zakiyudin Umur : 20 Tahun Ahli : 2015 |
Menjual Burger Homemade
Latar belakang
Mohd Zakiyudin merupakan lepasan STPM daripada SMK Taee. Telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sejak tahun 2015. Dia sering melayari laman sosial iaitu Facebook dan Instagram apabila ada masa lapang. Dia telah mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan dan mempromosikan produk jualannya secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penggunaan ICT, Zakiyudin menjalankan perniagaan secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah penggunaan ICT dan bantuan petugas PEDi, Zakiyudin menjalankan perniagaan homemade burger di mana beliau menjualnya pada waktu petang selepas habis kerja hakikinya. Beliau akan mengambil pesanan dengan mengkongsikan produknya di Facebook dan Whatsapp. Jualan beliau mendapat sambutan yang baik kerana ramai dalam kalangan rakan Facebook nya turut mengkongsikan produk jualannya.
Selain itu, beliau juga menggunakan internet untuk mencari idea perniagaan. Tambahan lagi, untuk memastikan produknya sentiasa ada proses inovasi, dia menggunakan internet untuk mencari resepi-resipi pembuatan burger agar burger yang dijualnya lain daripada pasaran yang ada di kawasan Tebakang.