Nama :Dyg. Sallahah Binti Abg. Masuudi Umur : 54 Tahun Ahli : 2015 |
Menjual makanan basah (makanan laut)
Latar belakang
Dyg. Sallahah merupakan seorang surirumah. Puan Dyg. telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang sejak tahun 2015.Puan Dyg. sering berkunjung ke PEDi untuk meminta bantuan petugas berkaitan ICT dan Keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penggunaan ICT, Puan Dyg. menjalankan perniagaan secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah penggunaan ICT dan bantuan petugas PEDi, Puan Dyg melakukan promosi barang jualannya melalui Facebook dan Whatsapp. Kadar jualannya amatlah tinggi jika dibandingkan semasa dia melakukan perniagaan secara offline.
Selain itu, pelanggannya juga bukan sahaja terdiri daripada komuniti setempat tetapi mendapat sambutan daripada orang luar. Dia juga menerima tempahan ikan semasa bulan Ramadhan daripada pengusaha makanan untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.
Selain itu, beliau juga menggunakan internet untuk mencari idea perniagaan. Tambahan lagi, Puan Dyg juga menggunakan internet bagi mempelbagaikan lagi barang jualannya pada masa hadapan.