Tarikh : 21 Disember 2023 Masa : 03:15 - 04:15 Petang Tempat : PEDi Kg. Melayu Tebakang Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
- Membuat Robot ialah aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur! Klik dan seret bahagian yang berbeza dari tong bahagian ke kawasan pembinaan untuk mencipta robot. Anda juga boleh mengklik bahagian robot di atas pentas untuk menggerakkannya, menjadikannya lebih besar atau lebih kecil, dan juga memutarkannya! Tiada dua ciptaan robot akan sama.
- Menguji kreativiti peserta untuk mencipta robot sendiri di samping memupuk minat peserta untuk menyukai robotik.
https://www.abcya.com/games/make_a_robot
Tarikh : 18 Disember 2023 Masa : 02:30 - 03:30 Petang Tempat : PEDi Kg. Melayu Tebakang Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai maksud operating sistem iaitu : Operating System (OS) ialah perisian sistem yang mengurus perkakasan dan sumber perisian komputer dan menyediakan perkhidmatan biasa bagi program komputer. Selain itu juga peserta diberitahu tentang jenis-jenis operating sistem dan apa operating sistem yang digunakan di PEDi.
Aktiviti :
- Penerangan kepada peserta melalui tayangan slaid
- Komunikasi seperti soal jawab dengan peserta selepas penerangan diberikan.
Tarikh : 15 Disember 2023 Masa : 03:15 - 04:15 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Projek ini direka supaya peserta dapat memantapkan pengetahuan asas sains serta menyediakan mereka supaya celik sains inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains membuat keputusan. Peserta berada dalam dunia sebenar dengan membina litar elektrik ringkas menggunakan komponen elektrik dan wayar penyambung. Setiap komponen elektrik mempunyai fungsi tertentu yang perlu diketahui oleh peserta. Tambahan juga peserta perlu tahu sebab dan akibat sesuatu litar lengkap berfungsi atau tidak.
Aktiviti :
1. Mengenal pasti komponen dalam litar elektrik.
2. Menerangkan fungsi komponen dalam litar elektrik lengkap.
3. Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar penyambung.
4. Berkomunikasi, berfikir, menaakul, membuat keputusan dan menjana idea bagi menjelaskan situasi yang dihadapi dalam kehidupan harian.
Tarikh : 16 Disember 2023 Masa : 02:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg. Melayu Tebakang Peserta : 16 Orang |
Tujuan :
- Invois ialah dokumen yang dikeluarkan daripada pemilik perniagaan kepada pelanggan apabila tiba masanya untuk pelanggan membayar barangan atau perkhidmatan yang disediakan.
- Ia adalah permintaan rasmi untuk pembayaran dan juga bertindak sebagai bukti jualan untuk perniagaan.
Aktiviti :
- Pembentangan dilakukan melalui slide.
- Petugas menerangkan mengenai kegunaan Invois dan kebaikan serta fungsinya dalam perniagaan.
- Petugas menerangkan tentang perkara-perkara yang penting dalam sesebuah invois, seperti nombor invoice, maklumat akaun bank, nama syarikat.
Tarikh :10 dan 16 Disember 2023 Masa : 3:15 - 4:15 Petang & 04:00 - 05:00 Petang Tempat : PEDi Kg. Melayu Tebakang Peserta : 21 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedah kepada para peserta tentang :
1. Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa. Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu di Internet. Kesan kepada mangsa termasuk rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, ssukar mempercayai orang lain dan perubahan dalam personaliti.
2. Penipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kini, penipuan kewangan atau lebih mesra dikenali sebagai 'scam' telah menjadi trend yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Aktiviti :
1. Peserta diberi penerangan slide dan tayang video.
https://klikdenganbijak.my/bm/buli_siber.php