Tarikh : 7, 8, 21, 22, 28 & 29 Oktober 2023 Masa : 10:45 - 11:45 Pagi / 02:15 - 03:15 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Kelas yang dijalankan oleh Digital Learning. Matapelajaran yang diikuti adalah, Kemahiran Membaca (BM), Basic Reading (BI), Kemahiran Mengenal Huruf Terbuka dan juga English Darjah 1,2, & 3.
- Melatih peserta-peserta kemahiran membaca yang asas menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Melatih peserta untuk mengenal huruf dan belajar untuk menyebut huruf dengan betul.
- Memahami dan belajar bahasa Inggeris.
Aktiviti :
Peserta mengikuti kelas ini dengan menggunakan Google Meet.
Peserta membuat latihan yang diberikan oleh cikgu masing-masing dengan mengikut modul yang diberikan.
Tarikh : 7 Oktober 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Menambah kemahiran keusahawanan kepada peserta dengan mengajar peserta membuat Invoice. Invoice yang di buat menggunakan canva. Bagi menggantikan penggunaan resit, pada masa kini lebih praktik menggunakan Invoice kerana keterangan maklumat tentang barangan dan harga barangan tersebut lebih terperinci dinyatakan.
Aktiviti :
Peserta diajar cara-cara mengisi maklumat yang mahu dinyatakan di dalam invoice tersebut seperti, nama barangan, harga barang, maklumat syarikat seperti nama bank, nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran.
Tarikh : 3 Oktober 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Menguji pengetahuan peserta dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab.
Aktiviti :
Peserta menjawab soalan kuiz yang diberikan dengan membuat pilihan jawapan yang betul.
Permainan kuiz yang menyeronokkan disamping dapat menambah pengetahuan peserta.
Tarikh : 6 Oktober 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang maklumat yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej tidak selalunya benar dan tepat, meskipun ia dihantar oleh orang yang dikenali. Meskipun Internet memberi kita akses pada maklumat dengan pantas, kita patut berhenti seketika dan tanya: Adakah maklumat itu sahih?
Aktiviti :
- Penerangan kepada peserta tentang maklumat palsu https://www.klikdenganbijak.my/bm/maklumat_palsu.php
- Tontonan Video
- Sesi soal jawab.
Tarikh : 3 & 20 September 2023 Masa :03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Peserta :
- Penerangan diberi
- Tayangan video
- Sesi QNA.