Tarikh :4 & 5 November 2023 Masa : 11:00 pagi - 01:00 petang - 03:15 - 04:15 petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
1. Memberi ilmu pengetahuan tentang pemasaran digital adalah satu aktiviti mempromosikan jenama kepada pelanggan menggunakan internet atau saluran komunikasi digital yang lain. Pemasaran digital boleh mengambil pelbagai bentuk, termasuk video atas talian, search engine optimization (SEO), iklan paparan, content marketing, search engine marketing, iklan sosial berbayar, social media marketing dan banyak lagi.
2. Infografik adalah berasal dari dua perkataan: info dan grafik. Ia merupakan satu bentuk visual yang memaparkan maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik, dan foto. Isi kandungan dalam infografik dipaparkan dengan teliti menggunakan prinsip rekabentuk berarahan (instructional design principles) dengan mengambilkira warna, jumlah maklumat, dan susunatur. Infografik mempunyai maklumat yang lebih banyak dari poster.
Aktiviti :
1. Latihan keusahawanan pada 4 November 2023 dijalankan di atas talian oleh pihak Dattel mengenai Pemasaran Digital.
2. Latihan keusahawanan pada 5 November 2023 pula adalah latihan bersemuka dengan peserta membuat pengiklanan perniagaan dengan membuat infographic.
Tarikh : 3 November 2023 Masa : 03:15 - 04:15 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta agar mengetahui perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian fizikal seperti monitor, tetikus, papan kekunci, dan banyak lain. Selain itu, peserta diberi penerangan difinisi komputer serta tentang awal kewujudan komputer dari generasi pertama sehingga sekarang merupakan generasi yang ke lima.
Aktiviti :
Penerangan Slide kepada peserta dan berlakunya sesi soaljawab tentang pembelajaran tersebut.
Tarikh : 16 Oktober 2023 Masa : 03:30 - 04:30 Petang Tempat : PEDi kg Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Aplikasi permainan yang mengajar untuk menaip dengan pantas bagi pemula. Dengan teknik-teknik menekan huruf papan kekunci seperti J,F dan Spacebar, U,R dan K, C,G dan N dan banyak lagi.
Aktiviti:
Peserta menaip mengikut arahan yang diberikan sehingga berjaya menyelesaikan tahap dan akan ke tahap yang seterusnya.
Tarikh : 20 Oktober 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEdi Kg Melayu Tebakang Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
Mengajar peserta tentang Sains di sebalik "Straw Plane". Apabila peserta melancarkan kapal terbang straw dengan tangan mereka, ia membolehkan kapal terbang bergerak melalui udara. Udara bergerak melalui gelung dan memberikan daya angkat, atau daya yang membuat kapal terbang naik. Apabila kapal terbang perlahan kerana seretan, kekuatan lif berkurangan dan graviti menarik peluncur turun ke tanah.
Aktiviti :
Peserta menonton toturial cara membuat glider gelung di video Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=oDVRM45d9q0 . Kemudian peserta membuat pesawat straw mengikut toturial yang di tonton. Setelah selesai membuat pesawat tersebut, peserta menguji pesawat straw tersebut.
Tarikh : 8 Oktober 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Memudahkan peserta untuk memasukkan maklumat, menukar, menghapus serta menambah maklumat yang dikehendaki. Selain itu juga, peserta dapat menyusunkan beberapa lembaran kerja di dalam satu buku kerja dan menamakan setiap lembaran tersebut supaya senang dan cepat untuk mendapatkan maklumat.
Aktiviti:
Peserta diminta untuk membuat jadual dan mengisi jadual seperti modul yang diberikan. Kemudian peserta diajar latihan untuk membina teks/tulisan ke bawah dengan menekan ribbon Alignment.