Tarikh : 15 Disember 2023 Masa : 03:15 - 04:15 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Projek ini direka supaya peserta dapat memantapkan pengetahuan asas sains serta menyediakan mereka supaya celik sains inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains membuat keputusan. Peserta berada dalam dunia sebenar dengan membina litar elektrik ringkas menggunakan komponen elektrik dan wayar penyambung. Setiap komponen elektrik mempunyai fungsi tertentu yang perlu diketahui oleh peserta. Tambahan juga peserta perlu tahu sebab dan akibat sesuatu litar lengkap berfungsi atau tidak.
Aktiviti :
1. Mengenal pasti komponen dalam litar elektrik.
2. Menerangkan fungsi komponen dalam litar elektrik lengkap.
3. Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar penyambung.
4. Berkomunikasi, berfikir, menaakul, membuat keputusan dan menjana idea bagi menjelaskan situasi yang dihadapi dalam kehidupan harian.