Tarikh : 4 - 6 Julai 2022 Masa : 02:30 - 04:30 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Office agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Office juga, diberikan untuk kegunaan dalam alam pekerjaan dan perniagaan.
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.
Tarikh : 17 Jun 2022 Masa : 09:00 Pagi - 12:00 Tengahari Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Peserta merupakan usahawan air balang yang dikenali sebagai Kopi Hainan cawangan Tebakang. Usahawan tersebut mempelajari cara-cara mentadbir laman facebook seperti meletakkan masa operasi, menambah pendtadbir laman facebook, boosting post dan cara untuk mendapatkan like daripada kenalan facebook.
Tarikh : 11 June 2022 Masa : 09:00 - 11:00 Pagi Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 9 Orang |
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendan dan menengah. Peserta diberi keterangan mengenai fungsi-fungsi Microsoft Word dan menerangakn setiap menu yang ada pada Microsoft Word. Pada latihan kali ini, pihak kami memfokuskan kepada latihan membuat jadual dan cara-cara untuk memasukkan warna pada setiap kotak yang ada di dalam jadual. Selain itu, selepas habis latihan, peserta didahkan dengan permainan di internet iaitu 10 fast fingers. Permainan ini bagi melatih peserta untuk menaip dengan cara yang betul, cepat dan tepat.
Tarikh : 10 & 17 Jun 2022 Masa : 09:00 pagi - 12:00 Tengahari Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Membantu dalam peyediaan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer, ataupun dalam bentuk slaid atau transparensi. Selain itu juga, dapt menambah gambar dari koleksi yang disediakan ataupun grafik yang dilukis.
Aktiviti :
- Penerangan modul dan contoh tunjuk ajar kepada peserta.
- Peserta membuat latihan mengikut modul yang diberikan.
Tarikh : 9 Jun 2022 Masa : 02:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Petugas PEDi telah memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara menggunakan whatsapp web. Antara yang diajar adalah cara-cara log masuk dan memuat turun dokumen yang ada di dalam whatsapp. Ini memudahkan para usahawan untuk memuat turun segala dokumen yang dihantar melalui whatsapp.