Tarikh : 8 June 2022 

Masa : 08:00 Pagi - 05:00 Petang 

Tempat : Bilik Latihan PEDi Kg Melayu Tebakang

Peserta : 2 Orang

 

Dua orang usahawan dalam bidang pembinaan datang ke PEDi untuk meminta tunjuk ajar berkenaan asas internet. Pihak PEDi telah memberi tunjuk ajar kepada mereka cara-cara menggunakan aplikasi Zoom sebagai medium untuk mereka menghadiri kursus. Petugas telah menerangkan segala fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi zoom. Selain itu, pihak PEDi juga memberikan tunjuk ajar kepada mereka berkenaan akaun gmail. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk log masuk ke akaun gmail serta memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan google form.

 

Gambar Disini

Tarikh : 17 Mei 2022 

Masa : 02:00 - 04:00 Petang 

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang

 

Petugas membantu usahawan PEDi Kg Melayu Tebakang mengenai cara-cara membuat invois. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta membuat invois menggunakan Microsoft Word. Latihan ini amat berguna kepada usahawan bagi memudahkan urusan perniagaan mereka supaya berjalan dengan lancar.

 

 

Gambar Disini

Tarikh : 11 Mei 2022 

Masa : 09:00 Pagi - 10:00 Pagi 

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang

 

Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti untruk memuatnaik dokumen ke dalam laman web HRMIS. Antara yang di ajar adalah mengecilkan saiz gambar menggunakan Microsoft Office Picture Manager agar ianya dapat dimuatnaik ke dalam laman web HRMIS. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan paint sebagai alternatif untuk mengecilkan saiz gambar.

 

Gambar Disini

Tarikh : 17 Mei 2022 

Masa :09:00 pagi - 13:00 Petang

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang

 

Peserta yang mengikuti kelas pada kali ini adalah bakal menduduki temuduga SPA. Oleh yang demikian, peserta meminta bantuan petugas untuk memberi tunjuk ajar kepadanya untuk membuat resume. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuat resume menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga diterangkan mengenai templat yang ada pada Canva.

 

Gambar Disini

Tarikh :10 & 12 Mei 2022 

Masa : 09:00 - 11:00 Pagi 

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang

 

 

Tujuan :

Memperkenalkan microsoft excel kepada peserta,dengan menerangkan ciri-ciri yang terdapat di microsoft excel. Ianya ialah fail kerja yang boleh mengandungi satu atau lebih lembaran kerja seperti lejer akauntan yang mempunyai nombor, teks, pengiraan lajur dan baris. Ia memudahkan untuk memasukkan maklumat, menukar, menghapus serta menambahkan maklumat yang anda kehendaki.

 

Aktiviti :

Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.

 

Gambar Disini