Tarikh : 15 November 2022 Masa : 03:00 - 04:30 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Peserta yang mengikuti kelas pada kali ini adalah bakal menduduki temuduga SPA. Oleh yang demikian, peserta meminta bantuan petugas untuk memberi tunjuk ajar kepadanya untuk melengkapkan MY Resume. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara memuat naik dokumen-dokumen seperti yang diminta.
Tarikh : 14 November 2022 Masa : 09:30 - Pagi - 12:30 Tengahari Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 2 Orang |
Puan Juita adalah Pengerusi utk Persatuan Penduduk Kpg Tebakang Melayu (PPKTM). Beliau dan setiausaha nya datang ke PEDi untuk mengisi maklumat ahli dan data-data persatuan di dalam e-ROSES. Pihak PEDi membantu beliau cara-cara untuk log masuk & memuatnaik dokumen ke dalam website.
Tarikh : 3 Oktober 2022 Masa : 08:30 - 11:30 Pagi Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menggunakan whatsapp. Langkah demi langkah di terangkan untuk menghubungkan whatsapp dari telefon kepada whatsapp web. Juga diberi tunjuk ajar cara-cara memuat naik dokumen dan memuat turun dokumen. Selain itu, peserta juga meminta bantuan petugas untuk memberi tunjuk ajar cara-cara membuat surat permohonan rasmi.
Tarikh : 13 Oktober 2022 Masa : 08:30 - 09:30 Pagi Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta cara-cara menggunakan Microsoft Office dengan cara-cara menaip, membuat surat rasmi dengan format yang betul
Aktiviti :
Memberi tunjuk ajar tentang format surat rasmi yang betul.
Tarikh : 9 September 2022 Masa : 09:00 - 10:00 Pagi Tempat : PEDi Kg. Melayu Tebakang Peserta : 9 Orang |
Poster adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Biasanya, poster mengandungi promosi, iklan, pemberitahuan atau pengumuman. Di samping itu, poster telah menjadi trend dalam masyarakat untuk memberikan maklumat penting. Jadi, poster mengandungi kandungan menarik bermula dari gambar dan penulisan.
Tema untuk pertandingan poster digital kali ini adalah "Hari Malaysia". Pertandingan poster ini ada terbuka bermaksud boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur.