Tarikh: 12 Mei 2022

Masa: 09:00 - 10:00 Pagi

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang 

 

Petugas membantu komuniti untuk mendaftar akaun Online myKOPERKASA. Peserta diterangkan tentang kelebihan mendaftar akaun online bagi memudahkan urusan berkaitan KOPERKASA.

Selain itu, petugas juga menunjukkan cara-cara untuk mendapatkan penyata dan mengetahui dividen tahunan yang diterima. Tambahan lagi, petugas juga memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menetapkan semula kata laluan sekiranya terlupa.

 

 

Gambar Disini

Tarikh : 10 Mei 2022 

Masa : 09:00 - 10:00 Pagi 

Peserta : 1 Orang 

 

Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada Encik Emmron , usahawan daripada PEDi Kg Melayu Tebakang. Beliau merupakan usahawan kedai makan yang menggunakan perkhidmatan Foodpanda. Pihak kami membantu Encik Emmron untuk menukar masa operasi kedai beliau di aplikasi Foodpanda.

 

Gambar Disini

Tarikh : 02 - 09 & 11 April 2022

Masa : 08:00 - 11:00 Pagi 

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang 

Tujuan :

Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Office agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Selain itu juga, mereka diberi pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Office untuk kegunaan dalam alam persekolahan.

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dan menerangkan fungsi-fungsi Menu di setiap Microsoft Office. Sesi ini peserta belajar dari Microsoft Words, Excel dan Powerpoint. Peserta diajar mengikut modul yang diberikan.

 

Gambar Disini

Tarikh : 12 dan 13 April 2022 

Masa : 09:00 - 11:00 Pagi

Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 1 Orang

 

Tujuan :

Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Office agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Selain itu juga, mereka diberi pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Office untuk kegunaan dalam alam persekolah dan alam pekerjaan

Aktiviti :

Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.

 

Gambar Disini

Tarikh : 16 Mac 2022 

Masa : 02:00 - 05:00 Petang 

Peserta : 1 Orang 

 

Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada Encik Emmron usahawan daripada PEDi Kg Melayu Tebakang. Beliau merupakan usahawan kedai makan. Pihak kami membantu Encik Emmron untuk menetapkan semula katalaluan, mengubah harga dan menambah menu minuman di dalam aplikasi foodpanda. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada Encik Emmron cara-cara untuk mengubah masa operasi kedai beliau.

 

Gambar Disini