Tarikh : 8, 14, dan 15 Februari 2023 Masa : 08:30 Pagi - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Mengajar peserta cara-cara membuat jadual (table),format Resume yang betul dan terkini menggunakan perisian Microsoft Office Word. Dan juga meningkatkan pengetahuan kepada pengguna untuk lebih mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office Word. Menggalakan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas.
Aktiviti :
Peserta dapat memahami pelbagai kaedah dan cara dalam menggunakan perisian Microsoft Office Word. Memberi kelebihan kepada pengguna untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang.
Tarikh : 3 Februari 2023 Masa : 03:00 Petang - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang penyebaran maklumat palsu yang berleluasa di media sosial. Peserta didedahkan cara-cara untuk menentusahkan maklumat yang diterima dengan menilai dan memeriksa sumber maklumat tesebut.
Aktiviti :
- Penerangan slide dan tayangan video
- Sesi soal jawab
Tarikh : 9, 11 dan 16 Januari 2022 Masa :09:30 Pagi - 05:00 Petang Tempat : PEDi Kg. Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Office agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Selain itu juga, mereka diberi pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Office untuk kegunaan dalam alam persekolah dan alam pekerjaan
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.
Tarikh : 15 Januari 2023 Masa : 02.30 - 03.30 Petang Tempat :PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Menguji dan meningkatkan kepantasan menaip di kalangan peserta mengikut petikan yang diberikan dan masa yang ditetapkan selama 60 saat sahaja. Permainan pembelajaran yang menyeronokkan.
Aktiviti :
- Menaip mengikut petikan yang diberikan dalam masa 60 saat.
- Pertandingan menaip dikalangan peserta dengan membandingkan jumlah keseluruhan perkataan yang ditaip.
Tarikh : 5 Januari 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang maksud Buli Siber di kalangan pengguna Internet. Dan juga langkah-langkah menangani buli siber sekiranya berlaku terhadap diri sendiri.
Aktiviti :
Tayangan video dan penerangan.