Tarikh : 14 Mac 2023 Masa : 03:15 - 04:15 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Jenayah siber merujuk kepada jenayah yang menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan (hardware) untuk mengganggu mangsa.
Aktiviti :
- Memberi penerangan mengenai Jenayah Siber melalui web https://klikdenganbijak.my/bm/jenayah_siber.php
Tarikh : 13 Mac 2023 Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar cara menggunakan Emel dengan betul dan mendedahkan kepentingan Emel.
Aktiviti :
1. Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara "log in" akaun Gmail
2. Memberi tunjuk ajar cara-cara menyusun Email kedalam satu Label
3. Memberi tunjuk ajar "Delete" Email yang terdapat di dalam "Trash"
4. Memberi tunjuk ajar membalas balik emel.
Tarikh : 18 Februari 2023 Masa : 02:00 - 03:30 Pagi Tempat : D Warung Naniey Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Membantu usahawan mempromosikan kedai yang baru dibuka bagi membantu untuk mendapatkan pelanggan dan lebih di kenali orang, bukan sahaja di kawasan kampung tersebut bahkan di kawan bandar yang lain. Disamping itu juga, sebagai daya tarikan pelancong dari luar negara untuk melawat ke kawasan desa.
Aktiviti :
- Membantu usahawan membuat Facebook Pages untuk warung beliau.
- Mengajar cara-cara mengisi maklumat warung
- Mengajar cara-cara memuat naik Profile Picture dan gambar-gambar produk beliau.
Tarikh : 3 Mac 2023 Masa : 03.15 - 04.15 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer untuk anak-anak komuniti di samping mengelakkan mereka menggunakan masa terluang dengan perkara yang tidak berfaedah.
Aktiviti
Petugas menyediakan soalan-soalan quiz dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/resource/35486142/kuiz-digital-pedi-tebakang
Tarikh : 17 Februari 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Menguji dan meningkatkan kepantasan menaip di kalangan peserta mengikut petikan yang diberikan dan masa yang ditetapkan selama 60 saat sahaja. Permainan pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan daya jari jemari menekan huruf di papan kekunci.
Aktiviti :
- Menaip mengikut petikan yang diberikan dalam masa 60 saat.
- Pertandingan menaip dikalangan peserta dengan membandingkan jumlah keseluruhan perkataan yang ditaip.