Tarikh : 8 Oktober 2023 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Memudahkan peserta untuk memasukkan maklumat, menukar, menghapus serta menambah maklumat yang dikehendaki. Selain itu juga, peserta dapat menyusunkan beberapa lembaran kerja di dalam satu buku kerja dan menamakan setiap lembaran tersebut supaya senang dan cepat untuk mendapatkan maklumat.
Aktiviti:
Peserta diminta untuk membuat jadual dan mengisi jadual seperti modul yang diberikan. Kemudian peserta diajar latihan untuk membina teks/tulisan ke bawah dengan menekan ribbon Alignment.