Tarikh : 8 Julai 2024 

Masa : 03:00 - 04:30 Petang 

Tempat : NADI Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 4 Orang

 

Tujuan :

Dengan menggunakan Facebook sebagai platform, usahawan boleh mencapai audiens yang lebih luas, berinteraksi secara langsung dengan pengikut, dan memanfaatkan pelbagai ciri seperti video, gambar, dan posting interaktif untuk menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan.

 

Aktiviti :

Peserta membuat Facebook Post menggunakan Canva dengan membuat naik gambar produk mereka menjadi brousher sebelum di post ke dalam akaun Facebook masing. Ini untuk memperkenalkan lagi produk-produk mereka dan menarik lebih ramai lagi pelanggan.

 

Gambar Disini : 

Tarikh : 6 Julai 2024 

Masa : 03:00 - 04:00 Petang 

Tempat : NADI Kg. Melayu Tebakang 

Peserta : 6 Orang 

 

Tujuan :

Membantu meningkatkan kelajuan menaip mereka melalui latihan berstruktur dan ujian yang menilai jumlah kata per minit (WPM) yang dapat ditaip.

 

Aktiviti :

Ujian Kelajuan Menaip:

Peserta menjalani ujian untuk menilai kelajuan menaip mereka dalam kata per minit (WPM) dan ketepatan dengan menaip teks yang disediakan dalam masa tertentu.

Aktiviti ini membantu peserta memperbaiki kemahiran menaip mereka secara berkesan dengan memberikan peluang untuk berlatih, mengukur kemajuan, dan mendapatkan maklum balas yang berguna.

 

Gambar Disini : 

 

Tajuk : Maklumat Peribadi & Jenayah Siber

Tarikh : 18 & 21 Jun 2024 

Masa : 03 :00 - 04:00 Petang 

Tempat : NADI Kg Melayu Tebakang 

Peserta :12 Orang

 

Tujuan :

Maklumat peribadi adalah maklumat yang sulit dan sensitif tentang diri kita. Keselamatannya harus dikawal dengan ketat.

Jenayah siber merujuk kepada jenayah yang menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan (hardware) untuk mengganggu mangsa.

 

Aktiviti :

Peserta diajar mengenai risiko klik dengan bijak, pentingnya melindungi maklumat peribadi, dan kesan negatif jenayah siber. Mengkaji kes atau contoh situasi sebenar untuk menganalisis kesalahan dan kesannya terhadap individu atau organisasi.

 

Gambar Disini :

Tarikh : 5 Julai 2024 

Masa : 03:15 - 04:15 Petang 

Tempat : NADI Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 5 Orang 

 

Tujuan :

Mengembangkan kemahiran dan kebolehan dalam merancang dan menggunakan masa dengan lebih efektif. Ini penting untuk memastikan mereka dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran, aktiviti kokurikulum, dan kehidupan seharian.

 

Aktiviti : 

1. Membuat Jadual Harian:Pelajar membuat jadual harian untuk merancang masa belajar dan aktiviti lain.

2. Latihan Pengurusan Tugasan: Mengajar pelajar membahagikan tugas besar kepada bahagian kecil dengan tarikh akhir.

3. Latihan Prioritasi: Mengajar pelajar menyusun tugas mengikut keutamaan..

Aktiviti-aktiviti ini membantu pelajar belajar merancang dan menggunakan masa mereka dengan lebih efektif.

 

Gambar Disini :

 

Tarikh : 20 Jun 2024 

Masa :  03:00 - 04: 00 Petang 

Tempat : NADI Kg Melayu Tebakang 

Peserta : 5 Orang 

 

Tujuan :

Meningkatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti melipat kertas.
Menggalakkan kreativiti dalam mencipta bentuk origami yang menarik.
Memperbaiki kemampuan mengikuti arahan dan urutan langkah.
Meningkatkan fokus, kesabaran, dan ketelitian dalam mencapai hasil yang tepat.

 

Aktiviti : 

Demonstrasi Langkah Demi Langkah: Pengajar akan memperlihatkan langkah-langkah untuk melipat ninja star secara langsung, mengikuti arahan dengan teliti.

Latihan Langkah Demi Langkah: Peserta akan diberi kertas dan arahan tertulis dalam Bahasa Melayu untuk melipat ninja star. Mereka akan mengikuti arahan tersebut untuk mencipta model origami.

 

Gambar Disini :