Tarikh : 5 Julai 2024 Masa : 03:15 - 04:15 Petang Tempat : NADI Kg Melayu Tebakang Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Mengembangkan kemahiran dan kebolehan dalam merancang dan menggunakan masa dengan lebih efektif. Ini penting untuk memastikan mereka dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran, aktiviti kokurikulum, dan kehidupan seharian.
Aktiviti :
1. Membuat Jadual Harian:Pelajar membuat jadual harian untuk merancang masa belajar dan aktiviti lain.
2. Latihan Pengurusan Tugasan: Mengajar pelajar membahagikan tugas besar kepada bahagian kecil dengan tarikh akhir.
3. Latihan Prioritasi: Mengajar pelajar menyusun tugas mengikut keutamaan..
Aktiviti-aktiviti ini membantu pelajar belajar merancang dan menggunakan masa mereka dengan lebih efektif.