Tarikh : 5 November 2019 Masa : 8:30 pagi - 4:30 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Excel agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Selain itu juga, mereka diberi pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft excel untuk kegunaan dalam alam persekolah dan alam pekerjaan
Aktiviti :
- Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.
- Peserta diberi penerangan di setiap menu yang ada di dalam Microsoft Excel.
Tarikh : 4 November 2019 Masa : 8:30 pagi - 4:30 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Office agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Selain itu juga, mereka diberi pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Office untuk kegunaan dalam alam persekolah dan alam pekerjaan
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.
Tarikh : 1 November 2019 & 14 November 2019 Masa : 08:30 pagi - 10:30 pagi Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menggunakan komputer. Peserta pergi ke Pusat Internet untuk meminta tunjuk ajar kerana beliau akan menduduki Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). Petugas menerangkan setiap komponen komputer dan fungsi kepada peserta. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara melayari internet dengan menggunakan enjin carian google chrome dan internet explorer.
Aktiviti :
- Cara-cara memegang tetikus dan cara mengendalikannya.
- Cara-cara menaip dengan posisi jari yang betul.
- Menjawab soalan-soalan ujian motor b2 daripada laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai persediaan kepada peserta sebelum mengambil ujian yang sebenar.
Tarikh : 21 November 2019 & 24 November 2019 Masa : 2:00 petang - 4:00 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara membuat sijil penyertaan. Peserta merupakan salah seorang kakitangan di Tuty's Bakery. Untuk melancarkan operasi, Pengurus Tuty's Bakery menghantar salah seorang pekerjanya untuk menjalani latihan membuat sijil penyertaan. Tuty's Bakery merupakan sebuah kedai yang menjual roti dan dalam masa yang sama juga membuat kursus pembuatan roti.
Aktiviti :
- Memuat naik logo Tuty's Bakery ke dalam Microsoft Word.
- Diberi tunjuk ajar untuk memilih font yang bersesuain.
Tarikh : 3 November 2019 (Ahad) Masa : 7:30 Pagi - 01:00 Petang Tempat : Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang & Cafe Koperasi Kampung Melayu Tebakang (Perasmian) Pengunjung : 79 Orang Agensi Terlibat : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK Serian), Great Easter Takaful & KOSPEN Kampung Melayu Tebakang. |
Tujuan :
1. Melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan
2. Eratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat
3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
25/10/2019
1. Pertandingan mengarang karangan bertajuk : Pusat internet Di Hatiku (setiap peserta dikehendaki memuat naik karangan ke dalam MY KOMUNITI) - Kategori Sekolah Menengah
2. Label lokasi pusat pemeriksaan dan penjagaan kesihatan di sekitar Serian.
26/10/2019
3. Memuat naik artikel terbanyak berkaitan kesihatan ke dalam MY Komuniti - kategori Sekolah Rendah
3/11/2019
1. Pendaftaran pengunjung
2. Berjalan 1000 langkah
3. Saringan kesihatan daripada KOSPEN Kampung Melayu Tebakang
4. Bengkel perkakasan komputer & pameran
5. Pameran daripada AADK Serian
6. Ceramah daripada AADK Serian
7. Taklimat berkenaan Peka B40 dan My Salam - Great Easter Takaful
8. Pertandingan sandwich - kategori wanita
10. Pertandingan mewarna poster kesihatan - kategori dewasa & wanita
11. Pertandingan gubahan buah-buahan
12. Advokasi - taklimat klik dengan bijak dan kuiz
13. Majlis perasmian oleh Ketua Kaum, Encik Hanapi Bin Bani
14. Majlis Penutupan
- penyampaian cenderahati
- penyampaian hadiah
- cabutan tiket bertuah
15. Akhir sekali jamuan makan.