Tarikh : 20 Disember 2019 Masa : 2:00 petang - 4:00 petang Tempat : Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan whatsapp web dan google form agar urusan kerja menjadi cepat dan mudah.
Aktiviti :
- Penerangan kepada peserta cara-cara untuk menggunakan whatsapp web dan google form.
- Penerangan berkenaan kelebihan whatsapp web dan google form.
Tarikh : 9 Disember 2019 & 13 Disember 2019 Masa : 3:00 petang - 5:00 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta :6 Orang |
Tujuan :
Mempertingkatkan kemahiran ICT khusunya dalam Microsoft Office agar peserta dapat mempraktikannya dalam urusan harian. Selain itu juga, mereka diberi pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Office untuk kegunaan dalam alam persekolahan.
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum mereka membuat latihan mengikut modul yang diberikan.
Tarikh : 5 Disember 2019 Masa : 2:00 petang - 4:00 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk mendaftar ke dalam sistem SPA.
Aktiviti :
- Mengisi borang SPA.
- Membuat akaun google.
Tarikh : 9 Disember 2019 Masa : 2:00 petang - 3:00 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Menguji dan meningkatkan kepantasan menaip di kalangan peserta mengikut petikan yang diberikan dan masa yang ditetapkan selama 60 saat sahaja. Permainan pembelajaran yang menyeronokkan.
Aktiviti :
- Menaip mengikut petikan yang diberikan dalam masa 60 saat.
- Pertandingan menaip dikalangan peserta dengan membandingkan jumlah keseluruhan perkataan yang ditaip.
Tarikh : 4 Disember 2019 Masa : 2:00 petang - 4:00 petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara membuat sijil penyertaan. Peserta merupakan salah seorang kakitangan di Tuty's Bakery. Untuk melancarkan operasi, Pengurus Tuty's Bakery menghantar salah seorang pekerjanya untuk menjalani latihan membuat sijil penyertaan. Tuty's Bakery merupakan sebuah kedai yang menjual roti dan dalam masa yang sama juga membuat kursus pembuatan roti.
Aktiviti :
- Memasukkan logo perniagaan ke dalam Microsoft Word.
- Membuat rujukan melalui Google untuk membuat sijil penyertaan