Tarikh : 6, 7 & 10 November 2020 Masa : 09:00 Pagi - 12:00 Tengahhari & 02:00 - 04:30 Petang Tempat : Pusat Internet Komuniti Kg. Melayu Tebakang Peserta : 3 Orang |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta cara-cara menggunakan Microsoft Office dengan cara-cara menaip, membuat jadual, membuat surat rasmi dengan format yang betul, cara-cara menyusun kertas keja dan lembaran kerja, membuat pengiraan, dan membuat persembahan yang menarik dan pembentangan kertas kerja dan juga kerja kursus.
Aktiviti :
Memberi tunjuk ajar tentang format surat rasmi yang betul dan juga memberi tunjuk ajar membuat jadual untuk pengiraan di dalam kerja kursus.
Tarikh : 4 dan 5 November 2020 Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari - 02:00 - 04:00 Petang Tempat : Pusat internet Kampung Melayu Tebakang Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Membimbing para usahawan untuk celik it serta meningkatkan kemahiran mereka melalui pendedahan kepada Dunia "ONLINE".
Aktiviti :
- Mengisi Borang UPK - Permohonan pendaftaran baru kontraktor kerja mekanikal dan lain-lain keperluan dan pengiktirafan status bumiputera.
- Membuat slide perniagaan di Microsoft Office Powerpoint.
Tarikh : 7 Oktober 2020 Masa : 09:00 - 11:00 Pagi & 02:30 - 03:30 Petang Tempat : Pusat Internet Kg. Melayu Tebakang Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
1. e-Census - Banci menyediakan maklumat tentang jumlah stok tempat kediaman dan kemudahan serta keperluan asas perumahan yang tersedia. Data yang dikumpul akan membekalkan set maklumat statistik yang komprehensif mengenai arah aliran kependudukan, sosial dan ekonomi
2. Memudahkan pencarum KWSP untuk menyemak atau melihat jumlah caruman tanpa mengunjungi Pejabat KWSP.
Aktiviti:
1. Mendaftar dan mengisi Online e-Census
2. Mendaftar dan mengisi maklumat KWSP
Tarikh : 16 Oktober 2020 Masa : 02:30 - 04:30 Petang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Melayu Tebakang Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Selain menggunakan untuk tujuan perbentangan, powerpoint juga boleh digunakan untuk membuat suntingan gambar seperti membuang latar belakang sebuah gambar tersebut.
Aktiviti :
- Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada para peserta.
- Para peserta membuat tugasan seperti yang diberitahu.
Tarikh : 5 Oktober 2020 Masa : 08:00 - 10:00 Pagi Tempat : Pusat Internet Kg. melayu Tebakang Usahawan : 2 Orang |
Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Aktiviti :
Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada usahawan kecil cara-cara mengisi geran khas prihatin.