Usahawan - Menjual biskut, kek lapis, roti, makanan sejuk beku dan lain-lain secara “online” dan “offline”.
Nama : | Kasma Botty Binti Anis |
Umur : | 39 Tahun |
Ahli : | 27/5/2015 |
Latar belakang
Puan Kasma merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Antara jualan beliau ialah roti, kek lapis, biskut & wantan. Selain itu, beliau juga membuat kelas untuk komuniti yang ingin mempelajari cara-cara membuat roti dan kuih dengan kadar yuran penyertaan yang rendah. Pada mulanya, perniagaan beliau hanya daripada rumah dan kini beliau telah mempunyai kedai sendiri iaitu Tuty’s Bakery. Walaupun sudah mempunyai kedai, namun beliau tetap menggunakan platform ‘facebook’ untuk mempromosikan produk yang telah dihasilkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Puan Kasma sudah mula menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan promosi jualan. Namun, setelah bantuan PEDi, beliau telah membuat ‘page fb’ bagi memudahkan promosi penjualan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Melayu Tebakang, Puan Kasma kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan penjualan produk beliau. Dengan menggunakan facebook page, pelanggan beliau juga senang untuk memilih produk yang hendak dibeli dan secara tidak langsung kaedah promosi beliau menjadi mudah serta menjimatkan kos. Setakat 15 Disember 2016, page tersebut telah mendapat 1045 ‘likes’. Beliau juga menggunakan ICT untuk mempromosikan kelas-kelas bakery yang telah dibuat oleh beliau. Selain itu, beliau juga membeli bahan-bahan kuih melalui online sekiranya bahan tersebut sukar untuk didapati. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dengan adanya internet kerana pelanggan beliau bukan sahaja terdiri daripada komuniti Kampung Tebakang.