Halaman 5 dari 8
Usahawan - Menjual roti apam mini.
Nama : | Arziana Binti Adenan |
Umur : | 23 Tahun |
Ahli : | 8/1/2015 |
Latar belakang
Cik Arziana merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Melayu Tebakang. Beliau aktif membuat apam bersaiz mini. Pada mulanya, beliau hanya membuat apam mini kerana minat, namun disebabkan ada permintaan, beliau juga menjual apam mini kepada pelanggan di sekitar Serian dan Kuching.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum menggunakan ICT, Arziana menghadapi kekangan untuk mendapat resepi kuih yang baru. Beliau hanya medapat resepi melalui majalah dan resepi turun-temurun.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Selepas penggunaan ICT, Arziana dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan yang menarik. Daripada internet, dia telah menjumpai resepi membuat apam mini. Setelah berjaya membuatnya, dia memuat naik gambar apam mini tersebut ke dalam Instagram. Kerana bentuk dan warnanya yang menarik, Arziana telah menerima tempahan untuk majlis bertunang. Apam mini beliau dijadikan hantaran pertunangan. Dengan adanya Instagram, beliau boleh membuat promosi dengan kos yang rendah dan serba sedikit boleh meningkatkan pendapatan beliau.Disamping itu, beliau juga telah mengikuti pertandingan My Komuniti Kreatif (MYKIF). Beliau meminta bantuan PEDi cara-cara membuat video serta cara memuat naik video tersebut ke dalam Youtube. Link video mykif beliau ialah : https://www.youtube.com/watch?v=xTIDPpB17o8