Usahawan - Makanan, penyidai kain & kandang Kucing
Nama : | Qhalisha Aridania |
Umur : | 31 Tahun |
Ahli : | 2015 |
Latar belakang
Puan Qhalisha dan suami berniaga secara kecil-kecilan. Menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sejak tahun 2015. Perniagaan utama beliau adalah menjual burger 'homemade' dan roti john. Perniagaan mereka ini dilakukan sebagai pendapatan tambahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Puan Qhalisha hanya menjual burger dan roti john untuk penduduk di sekitar Tebakang sahaja. Ini kerana, banyak komuniti sekitar belum mengetahui akan kewujudan pernigaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi), mereka telah mendapat idea untuk mengiklankan perniagaan mereka melalui laman social Facebook. Mereka telah memuat naik burger, roti john, kandang kucing & penyidai kain hasil daripada Puan Qhalisha & suami. Ianya telah memberikan impak yang positif di mana lebih ramai yang membeli burger dan roti john mereka. Pelanggan bukan sahaja daripada komuniti Kampung Tebakang bahkan hingga ke Serian, Pichin, Krusen dan kampung sekitar. Selain itu, suami beliau juga banyak menerima tempahan kandang kucing, penyidai kain dan jeriji tingkap daripada pelanggan diluar kawasan Tebakang. Pendapatan mereka juga semakin meningkat setelah menggunakan platform dalam talian.