Usahawan - Kedai gunting rambut

Nama :  Jakariah Bin Hadzarah
Umur : 46 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang
 
Jakaria merupakan seorang tukang gunting rambut yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun. Beliau adalah pemegang kad OKU kerana terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan tangan kanan beliau hilang kekuatan. Walaupun OKU, tetapi hasil kerja dia amat memuaskan dan bayaran juga amat murah. Lokasi nya terletak di Kampung Melayu Tebakang.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Sebelum penglibatan PEDi, Jakaria agak sukar untuk mempromosikan kedai gunting rambut beliau. Sebelum penglibatan Pusat Ekonomi Digital, promosi agak sukar dilakukan kerana kurang pengetahuan dalam ict.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Setelah penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) , Jakaria senang untuk mempromosikan kedai beliau. Dengan bantuan petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Jakaria telah mempromosikan kedai beliau ke dalam aplikasi Dashboard. Kini, lebih ramai komuniti luardaripada Kampung Tebakang yang mengetahui tentang perkhidmatan gunting rambut beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk membuat senarai harga bagi memudahkan pelanggan mengetahui harga yang dicas.
 

 


Usahawan - pin tudung ‘handmade” dan SPA “mobile

Nama :  Masniah Binti Misnan 
Umur : 48 Tahun
Ahli :  9/1/2015

 

Latar belakang
 
Puan Masniah menjalankan perniagaan menjual pin tudung dan memberikan perkhidmatan SPA “mobile”. Perniagaan Puan Masniah tertumpu di sekitar Kampung Melayu Tebakang sahaja.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Sebelum menggunakan ICT sebagai platform perniagaan, produk Puan Masniah hanya dikenali oleh orang tertentu sahaja dan kawan-kawan rapatnya sahaja. Penjualan pin tudung dan SPA ‘mobile’ Puan Masniah hanya tertumpu kepada penduduk sekitar Kampung Melayu Tebakang sahaja.
 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah membantu Puan Masniah mempelajari cara-cara menggunakan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Dashboard. Puan Masniah telah memuat naik pin tudung yang hendak dijual ke dalam Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Dashboard. Kini, pelanggan beliau telah bertambah jika dibandingkan sebelum beliau  memuat naik ke dalam Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Dashboard. Selain itu, beliau juga menjual pin tudung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Melayu Tebakang.
 
Tambahan lagi,Puan Masniah juga mempelari Microsoft Office Word agar mudah untuk dia menguruskan pernigaan. Kini, Puan Masniah telah pandai menggunakan Microsoft Office Word.
 
 

 

 


 

Usahawan - Makanan, penyidai kain & kandang Kucing

Nama : Qhalisha Aridania 
Umur : 31 Tahun
Ahli :  2015

 

Latar belakang

Puan Qhalisha dan suami berniaga secara kecil-kecilan. Menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sejak tahun 2015. Perniagaan utama beliau adalah menjual burger 'homemade' dan roti john. Perniagaan mereka ini dilakukan sebagai pendapatan tambahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Puan Qhalisha hanya menjual burger dan roti john untuk penduduk di sekitar Tebakang sahaja. Ini kerana, banyak komuniti sekitar belum mengetahui akan kewujudan pernigaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Setelah datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi), mereka telah mendapat idea untuk mengiklankan perniagaan mereka melalui laman social Facebook. Mereka telah memuat naik burger, roti john, kandang kucing & penyidai kain hasil daripada Puan Qhalisha & suami. Ianya telah memberikan impak yang positif di mana lebih ramai yang membeli burger dan roti john mereka. Pelanggan bukan sahaja daripada komuniti Kampung Tebakang bahkan hingga ke Serian, Pichin, Krusen dan kampung sekitar. Selain itu, suami beliau juga banyak menerima tempahan kandang kucing, penyidai kain dan jeriji tingkap daripada pelanggan diluar kawasan Tebakang. Pendapatan mereka juga semakin meningkat setelah menggunakan platform dalam talian.

 


Usahawan - Homestay

Nama : Roslie Bin Ariffin 
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang
 
Encik Roslie merupakan Pengerusi Homestay Kampung Melayu Tebakang sejak tahun 2015. Pada tahun 2015, Encik Roslie berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Melayu Tebakang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk membuat facebook page khas untuk Homestay Kampung Melayu Tebakang. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Sebelum penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Encik Roslie sudah mula menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan promosi. Namun, setelah bantuan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), beliau telah membuat ‘page fb’ bagi memudahkan promosi penjualan produk beliau. 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
 Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Melayu Tebakang,  kini Encik Roslie telah menggunakan internet untuk mempromosikan Homestay Kampung Melayu Tebakang . Dengan menggunakan facebook page, ianya memudahkan pelanggan untuk menghubungi pihak Homestay Kampung Melayu Tebakang untuk membuat sebarang pertanyaan dan tempahan.
 
Selepas penggunaan ICT, Homestay Kampung Melayu Tebakang semakin dikenali. Sebagai contoh, pihak Homestay Kampung Melayu Tebakang telah dijemput oleh pihak Cats Fm untuk segment “coffee talk”. Selain itu, pengunjung juga semakin bertambah.
 
 

 

Usahawan - Menjual roti apam mini.

Nama : Arziana Binti Adenan 
Umur : 23 Tahun
Ahli : 8/1/2015
 
Latar belakang
 
Cik Arziana merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Melayu Tebakang. Beliau aktif membuat apam bersaiz mini. Pada mulanya, beliau hanya  membuat apam mini kerana minat, namun disebabkan ada permintaan, beliau juga menjual apam mini kepada pelanggan di sekitar Serian dan Kuching.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Sebelum menggunakan ICT, Arziana menghadapi kekangan untuk mendapat resepi kuih yang baru. Beliau hanya medapat resepi melalui majalah dan resepi turun-temurun. 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
 
Selepas penggunaan ICT, Arziana dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan yang menarik.  Daripada internet, dia telah menjumpai resepi membuat apam mini. Setelah berjaya membuatnya, dia memuat naik gambar apam mini tersebut ke dalam Instagram. Kerana bentuk dan warnanya yang menarik, Arziana telah menerima tempahan untuk majlis bertunang. Apam mini beliau dijadikan hantaran pertunangan. Dengan adanya Instagram, beliau boleh membuat promosi dengan kos yang rendah dan serba sedikit boleh meningkatkan pendapatan beliau.Disamping itu, beliau juga telah mengikuti pertandingan My Komuniti Kreatif (MYKIF). Beliau meminta bantuan PEDi cara-cara membuat video serta cara memuat naik video tersebut ke dalam Youtube. Link video mykif beliau ialah : https://www.youtube.com/watch?v=xTIDPpB17o8
 
 
 

 

 


 

Usahawan - Menjual biskut, kek lapis, roti, makanan sejuk beku dan lain-lain secara “online” dan “offline”.

Nama :  Kasma Botty Binti Anis
Umur : 39 Tahun
Ahli : 27/5/2015

 

Latar belakang 

Puan Kasma merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Antara jualan beliau ialah roti, kek lapis, biskut & wantan. Selain itu, beliau juga membuat kelas untuk komuniti yang ingin mempelajari cara-cara membuat roti dan kuih dengan kadar yuran penyertaan yang rendah. Pada mulanya, perniagaan beliau hanya daripada rumah dan kini beliau telah mempunyai kedai sendiri iaitu Tuty’s Bakery. Walaupun sudah mempunyai kedai, namun beliau tetap menggunakan platform ‘facebook’ untuk mempromosikan  produk yang telah dihasilkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penglibatan PEDi, Puan Kasma sudah mula menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan promosi jualan. Namun, setelah bantuan PEDi, beliau telah membuat ‘page fb’ bagi memudahkan promosi penjualan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Melayu Tebakang, Puan Kasma kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan penjualan produk beliau. Dengan menggunakan facebook page, pelanggan beliau juga senang untuk memilih produk yang hendak dibeli dan secara tidak langsung kaedah promosi beliau menjadi mudah serta menjimatkan kos. Setakat 15 Disember 2016, page tersebut telah mendapat 1045 ‘likes’. Beliau juga menggunakan ICT untuk mempromosikan kelas-kelas bakery yang telah dibuat oleh beliau. Selain itu, beliau juga membeli bahan-bahan kuih melalui online sekiranya bahan tersebut sukar untuk didapati. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dengan adanya internet kerana pelanggan beliau bukan sahaja terdiri daripada komuniti Kampung Tebakang.

 


 

Usahawan - Menjual beg tangan perempuan secara 'online'

Nama : Afini Assim
Umur : 26 Tahun
Ahli :  17/1/2015

Latar Belakang 

Cik Afini Assim menjual beg tangan perempuan secara kecil-kecilan daripada rumah. Penjualan tertumpu kepada kawasan di sekitar Serian dan Kuching. Cik Afini juga menyediakan khidmat penghantaran melalui pos sekiranya pelanggan berada di luar kawasan Serian.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penglibatan PEDi, Cik Afini sudah mula menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan promosi jualan. Namun, setelah bantuan PEDi, beliau telah membuat 'facebook pages' bagi memudahkan promosi penjualan beg tangan.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi)Kg. Melayu Tebakang, Cik Afini kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan penjualan beg tangan beliau. Kini dengan menggunakan facebook pages, pelanggan beliau tidak hanya terdiri daripada kawan-kawan ditempat kerja dan jiran-jiran kerana dengan internet, semua orang dapat melihat barang jualan Cik Afini. Pendapatan Cik Afini juga semakin meningkat setelah menggunakan internet untuk mempromosikan produk beliau.


 

Usahawan - Menjual Perabot

Nama :  Sapian Bin Arsat 
Umur :   49 Tahun
Ahli    :  15/1/2015

 

Latar Belakang

Encik Sapian merupakan seorang usahawan perabot. Produk beliau lebih dikenali sebagai Impian Furniture. Pengalaman beliau dalam bidang ini sudah selama berbelas tahun. Lokasi Impian Furniture terletak di Kampung Melayu Tebakang.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum menggunakan ICT sebagai platform perniagaan, produk daripada Impian Furniture tidak dikenali ramai. Kaedah promosi hanya melalui 'offline'. Selain itu, pendapatan Impian Furniture juga tidak memberangsangkan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Petugas PEDi telah membantu Encik Sapian selaku pemilik Impian Furniture untuk mempromosikan perabot yang telah dihasilkan. Petugas PEDi  menggunakan 'facebook page' sebagai medium untuk Encik Sapian membuat promosi. Setiap perabot yang siap dipasang di rumah pelanggan, beliau akam memuat naik gambar untuk mempromosikan kepada orang ramai. Menurut beliau, ramai yang komen dan menghantar mesej peribadi kepada beliau untuk bertanya tentang perabot yang dihasilkan oleh beliau.