Cyriline merupakan lepasan SPM dan telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada awal tahun 2020 . Pada awalnya dia kurang mahir tentang asas-asas penggunaan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan PEDi, Cyriline kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan Email.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah menjadi ahli PEDi, Cyriline mengikuti kelas ICT. Pada mulanya, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer. Petugas memberi tunjuk ajar berdasarkan modul. Cyriline telah menghabiskan ketiga-tiga modul iaitu Microsoft Word, Mircrosoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Sebelum diberikan sijil daripada PEDi, dia diberikan ujian oleh pihak PEDi dan dia lulus kesemua ujian yang diberikan.
Selain itu, dia juga diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan email dan cara-cara menyunting video menggunakan Movie Maker.