Menjual produk kecantikan

 

Nama : Nur Hazirah Syahirah Binti Monir 

Umur : 21 Tahun

Ahli : 2015

 

Latar belakang

Hazirah merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang aktif. Dia telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang sejak tahun 2015. Sejak mendaftar sebagai ahli, dia sering berkunjung ke PEDi untuk belajar berkaitan asas ICT dan Keusahawanan.

Hazirah telah menjual pelbagai jenis produk dan yang terbaru produk yang dijualnya ialah Ainaa Beauty Skincare.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Hazirah mengalami kekangan untuk mempromosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Setelah mendapat bantuan petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Hazirah telah menggunakan platform sosial media iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram untuk mempromosikan produknya. Platform media sosial yang digunakannya telah memudahkan urusan dia dari segi kos pemasaran dan pengurusan masa memandangkan dia adalah seorang pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam.