Nama : Mohd Khairil Azwan Bin Mohd Rahimi Fitri Umur : 25 Tahun Ahli : 2015 |
Menjual Air
Latar belakang
Encik Azwan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Melayu Tebakang yang aktif. Dia sering berurusan di PEDi. Dia bekerja sebagai penjawat awam. Untuk menambah pendapatan, dia membuat keputusan untuk membuat perniagaan ejen menjual air yang dikenali sebagai Air Letup.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Sebelum penggunaan ICT, Encik Azwan hanya membuat promosi secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Selepas penggunaan ICT, Encik Azwan telah menggunakan platform media sosial iaitu Facebook dan Whatsapp untuk mempromosikan produk jualannya. Selain itu, melalui ICT juga dia mengenali produk Air Letup. Penggunaan ICT telah banyak mengubah Encik Azwan khususnya dalam bidang keusahawanan kerana dengan adanya ICT, dia dapat menambahkan pendapatan nya.