Tarikh : 9 Januari 2024 Masa : 03:00 - 04:00 Petang Tempat : NaDi Kg Melayu Tebakang Peserta: 5 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya untuk melindungi komputer sendiri. Sama ada disedari atau tidak, sebahagian besar kehidupan kita beroperasi di dunia siber di mana semua data peribadi kita disimpan.Walaupun anda mungkin tidak menganggap perbuatan anda sebagai sesuatu rahsia, anda tidak mungkin mahu orang yang tidak dikenali membaca e-mel anda, memeriksa maklumat peribadi yang tersimpan di komputer anda, atau menggunakan komputer tersebut untuk menghantar e-mel palsu atau menyerang komputer orang lain. Penggodam mahu mengawal komputer anda supaya mereka boleh menggunakannya untuk melancarkan serangan ke atas sistem komputer lain. Dengan ini mereka dapat menyembunyikan lokasi sebenar mereka semasa melancarkan serangan tersebut, selalunya terhadap sistem berprofil tinggi seperti sistem kerajaan atas kewangan.
https://www.klikdenganbijak.my/bm/keselamatan_komputer.php