Tarikh : 7 & 8 Ogos 2023 Masa : 08:15 - 09:15 Pagi / 02:00 -03:30 Petang Tempat : PEDi Kg Melayu Tebakang Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Membantu peserta untuk mendaftar akaun Sarawak ID untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
1. SarawakID satu sistem yang memudahkan transaksi perkhidmatan atas talian yang mana anda hanya perlu mendaftar masuk sekali saja bagi mencapai semua perkhidmatan atas talian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sistem ini juga digunakan untuk eWallet Keraajan Negeri Sarawak iaitu SarawakPay.
2. Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus 'K' atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus 'K' yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Laman WEB
Sarawak ID - https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/login/
Bantuan Ibu Bersalin - https://kpwk.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/99